Skuad Piala Presiden bimbingan jurulatih Double Treble Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah memulakan kempen Piala Presiden dengan seri dengan PJ City FC sebentar tadi.

Debut Azraai Khor sebagai Jurulatih skuad Piala Presiden dalam perlawanan Kedah menentang PJ City FC di Stadium Darulaman.
Foto : Khairil Ajhar / Arena Hijaukuning

Bermain di Stadium Keramat Kedah, Stadium Darulaman nyata menggamit nostalgia pada Jurulatih skuad Piala Presiden itu. Dihadiri hampir 500 orang penyokong, ternyata memberi semangat pada pasukan bawah 21 Kedah.

Bermula agak garang di separuh masa pertama nyata membuahkan hasil pada skuad ubi muda KEDAH apabila gol pertama Kedah dijaringkan oleh Mohd Firdaus pada min ke26

Aksi Penjaga Gol, Muhammad Faiq dalam perlawanan Kedah menentang PJ City FC di Stadium Darulaman.
Foto : Khairil Ajhar / Arena Hijaukuning

Bermula separuh masa kedua, kedua pasukan saling menyerang, namun peluang dimanfaatkan oleh PJ City FC apabila Nasrol Amri menyamakan kedudukan di min ke 64. Kedah mengator langkah dengan beberapa gerakan merbahaya namun gerakan penyudah oleh penyerang muda kita nyata gugup di depan gol lawan.

Perlawanan seterusnya, Skuad Piala Presiden Kedah akan menentang Pulau Pinang pada 28hb ini juga di Stadium Darulaman. All the best utk musim 2019 !!

 

Hijau Kuning semakin yakin di persada liga

Previous article

Ubi Kedah Beroleh Kemenangan Pertama

Next article