Stadium Darulaman – Skuad Ubi Kedah beroleh kemenangan pertama semalam dengan menewaskan Pulau Pinang 3-0. Skuad Bimbingan Jurulatih Azraii Khor dan Fauzi Nan membariskan pemain terbaik untuk meraih 3 mata penuh di Stadium keramat kita.

Kapten Pasukan Kedah Lokman berjaya mengekang asakan pasukan pemain Pulau Pinang ( foto :Khairil Ajhar / arenahijaukunig)

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Aminuddin, Aiman Afif dan Yazman Hafiz untuk jaminan tiga mata penuh sekaligus menaikkan motivasi pemain setelah hanya mampu seri dengan PJ City FC dalam aksi perlawanan pembukaan isnin lalu

Aksi Yazman meraikan Gol ketiga Pasukan Kedah ( foto :Khairil Ajhar / arenahijaukunig)

Skuad Piala Presiden Kedah naik ke kedudukan kelima dalam kumpulan A  dengan 4 mata setelah menang semalam. Perlawanan seterusnya pada Rabu, 6 Mac 2019 menentang Selangor United FC di Stadium Penjara Kajang, jam 4.45 petang. Jom pi tengok sapa yang berdekatan.

Kedudukan Skuad Piala Presiden Kedah dalam Kumpulan A
(kredit FB Piala Presiden)

Ubi Kedah seri di Darulaman

Previous article

Hijaukuning diikat Semut Merah!

Next article