TEAM ARENA

Jenama Arena Hijau Kuning telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan didaftarkan dengan nama AHK Mediarena Resources (AS0368556-H). Jenama itu dibuat rasmi kerana kami adalah antara mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti bola sepak khususnya dan sukan-sukan lain di sekitar negeri Kedah.

Walaupun Arena HijauKuning berpusat di Kedah, kami juga berkolaborasi bersama dengan agensi foto lain di serata Malaysia dan juga Singapura.

Walaupun baru ditubuhkan 5 tahun, tetapi pengalaman ahli ahli pasukan cukup banyak baik dari segi foto mahupun video. Pasukan ini yang mempunyai pengalaman bergabung lebih daripada 12 tahun dalam reka bentuk grafik, bangunan web, fotografi dan videografi, penulis sukan yang sinonim dengan sukan di Kawasan utara.

Kami juga merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan foto dan video untuk Kerajaan negeri Kedah dan anak-anak syarikatnya sejak 2013 hingga sekarang. Selain itu, pasukan ini juga membuat cetakan buletin dan bahan cetak lain dan juga rekabentuk baju untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta.