Jika diimbas musim-musim kecemerlangan Kedah sebelum ini sudah pasti nama Tan Cheng Hoe adalah tunjang utama untuk Kedah kembali menjadi pasukan elit di Malaysia. Apa tidaknya, pendekatan taktikal dan corak permainan yang disampaikan beliau serta pendedahan pemain-pemain muda sekaligus membuka mata ramai pemerhati bolasepak negara akan kejayaan beliau membimbing skuad Kedah kembali ke persada Liga Super.

Tan Cheng Hoe nyata mempunyai magis tersendiri dan mempunyai falsafah bolasepaknya dalam membangunkan skuadnya dalam arena bolasepak tanahair dan berjaya membuktikan beliau berada dalam kelasnya sendiri berbanding jurulatih-jurulatih yang lain.

Jurulatih Tan juga mempunyai kelayakan yang amat tinggi dalam lesen kejurulatihan hasil usaha beliau sendiri yang sentiasa memperbaharui lesennya di luar negara dan berevolusi dalam taktikalnya bersama pasukan.

Impak yang ditinggalkan Kedah begitu besar sehingga akhirnya beliau dilamar untuk mengambil alih Harimau Malaya setelah jurulatih sebelum itu, Nelo Vingada langsung tidak berjaya mengubah skuad Malaysia ke tahap yang optimum.

Tan Cheng Hoe sebelum ini pernah menyertai skuad negara sebagai pembantu jurulatih kepada K.Rajagopal dan berjaya memperoleh juara Sukan Sea 2009 serta Piala AFF Suzuki 2010 menjadikan skuad negara antara yang terkuat di Asean ketika itu. Banyak bintang yang berjaya dilahirkan melalui skuad tersebut seperti gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha serta Safiq Rahim yang meninggalkan impak buat negara.

Ketika kembali ke kem Harimau Malaya, beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar selaku jurulatih Harimau Malaya dan mengubah skuad tersebut kembali menjadi mantap setelah melalui musim-musim yang lesu sebelum ini

Hasilnya? Tan Cheng Hoe sekali lagi membuktikan magis beliau apabila berjaya mengubah falsafah permainan skuad Harimau Malaya kearah yang lebih mantap dan melayakkan skuadnya sehingga ke final Piala AFF suzuki 2018 walaupun pada permulaan banyak pertikaian yang berlaku melalui pemilihan pemain yang dilakukannya. Paling manis apabila taktikal Tan Cheng Hoe berjaya menewaskan gergasi Asean, Thailand pada edisi kali ini di separuh akhir.

Walaupun tidak menyandang juara, sekurangnya jurulatih Tan berjaya membuka mata peminat bolasepak tanahair bahawa beliau sudah bersedia untuk terus berevolusi bersama anak buahnya dan bakal mencipta kejutan demi kejutan. Beliau seharusnya perlu dikekalkan bersama Harimau Malaya kerana masih banyak yang belum dipamerkan Tan Cheng Hoe dalam taktikal.

Jika jodoh beliau bersama Tan Cheng Hoe tidak lama, ada baiknya beliau kembali ke Kedah menabur bakti sebagai Pengarah Teknikal yang dapat membantu jurulatih Kedah ketika ini iaitu Aidil Shahrin dalam pembentukan pasukan yang lebih sistematik. Ditambah dengan nafas baharu skuad Kedah dan sekembalinya Presiden Mukhriz Mahathir yang sebelum ini pernah menghasilkan kejayaan bersama Tan Cheng Hoe dalam evolusi Kedah, pastinya bakal kembali membakar semangat penyokong yang dahagakan kejuaraan.

Pendapat anda mengenai Tan Cheng Hoe? Adakah beliau perlu diteruskan bersama skuad Harimau Malaya atau revolusi Skuad Harimau Malaya akan tergantung jika Tan Cheng Hoe tidak diperlukan lagi FAM.

Bintang itu sentiasa memancar …

Previous article

Duo ‘F’ mencongak misi menjadi bintang muda 2019?!

Next article