Skuad Malaysia melakar kemenangan selesa di laman sendiri pada kelayakan AFC bawah 23 tahun apabila berjaya menewaskan Filipina dengan keputusan 3-0 di Stadium Shah Alam.

Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini berhadapan kritikan ramai berkenaan isu pasukannya yang agak ‘lemau’ ketika berhadapan Australia bawah 23 tahun kini dapat menarik nafas lega berikutan persembahan mantap anak-anak buahnya.

Datuk Ong Kim Swee nyata mmebariskan pemain terbaik untuk perlawanan menentang FIlipina ini
foto : Khairil Ajhar / Arena Hijaukuning

 

2 gol berjaya terhasil pada separuh masa pertama melalui pemain serangan sensasi, Akhyar Rashid yang bergandingan bersama Hadi Fayadh dan Safawi Rasid bagi mengetuai jentera serangan. Malaysia dilihat lebih banyak mendominasi permainan dan sering melakukan hantaran-hantaran pendek dan umpanan yang menarik.

Barisan pemain muda Filipina dilihat bergelut dalam perlawanan ini untuk menyaingi corak permainan Malaysia yang lebih tersusun dan permainan pantas menyerang. Tidak banyak percubaan yang dapat dilakukan selain lebih banyak bertahan dan mengeluarkan bola dari zon bahaya.

Aksi Akhyar Rashid selepas menjaringkan gol pertama Malaysia menentang Filipina semalam
foto : Khairil Ajhar

Datuk Ong Kim Swee dilihat mahu skuadnya terus tajam dan konsisten ketika menyerang turut melakukan pertukaran untuk menambahkan lagi sengat serangan dengan memasukkan Faisal Halim, Danial Haqiem, dan Nik Azli bagi menggantikan Akhyar Rashid, Hadi Fayadh, dan Daniel Amir.

Hasilnya, Faisal Halim berjaya membalas kepercayaan jurulatihnya apabila berjaya meledak gol ketiga perlawanan pada minit ke 83 perlawanan. Keputusan kekal dengan kemenangan selesa berpihak kepada Malaysia dengan jaringan 3 gol tidak berbalas oleh Filipina.

Nyata kemasukan Faisal Halim (Mickey) membuahkan hasil apabila menjaringkan gol ketiga Malaysia
Foto : Khairil Ajhar

Datuk Ong Kim Swee pastinya merasa lega dengan kemenangan dan aksi anak buahnya yang mantap dalam perlawanan ini dan pasti memberi motivasi yang terbaik buat anak buahnya dalam terus mencari kemenangan buat pasukan. Segalanya tampak tidak mustahil jika pasukan ini terus konsisten dalam setiap perlawanan.

Perlawanan malam ini bukanlah berkisarkan lebih mengenai aspek taktikal, namun aspek teknikal yang lebih menonjol apabila skuad Malaysia dilihat bergerak dalam satu unit dan formasi yang amat tersusun. Pertahanan berjaya membentuk satu rantaian yang baik dalam menahan asakan lawan dan bijak mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya. Dominic Tan berjaya mengemudi pertahanan dengan baik sekali.

Bahagian tengah mempertemukan 2 maestro masa depan negara iaitu Daniel Amir dan Nik Akif yang berjaya meneutralkan ruang tengaj dengan baik dan hantaran-hantaran bijak Daniel Amir amat berkualiti. Visi pemain ini perlu lebih diasah selain kreativiti hantaran supaya beliau boleh menjadi lebih baik. Hanya serangan agak mengecewakan. Tatkala Safawi dan Akhyar yang mempamerkan satu permainan serangan pantas dan mobiliti yang baik, Hadi Fayadh pula seolah hilang punca dalam perlawanan ini selain beberapa peluang keemasan yang gagal disudahkan dengan baik oleh pemain ini. Beliau perlu lebih tenang dan perlu lebih bijak dalam mengambil peluang jika diberi ruang lagi pada perlawanan seterusnya.

Aksi Danial Amier mengawal bahagian tengah bersama Nik Akif cukup bertenaga dan banyak mengekang asakan Filipina
Foto : Khairil Ajhar

Sementara dalam satu lagi aksi kumpulan J di sebelah petang, China membelasah Laos 5-0. Skuad bimbingan Guus Hiddink tidak menghadapi masalah menewaskan Laos.

Secara keseluruhannya, kami warga Arena Hijaukuning berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh Malaysia pada malam ini dan kami akan terus menyokong serta membuat liputan akan perlawanan seterusnya yang membabitkan skuad ini. Ayuh terus memberi sokongan buat skuad ini dan pastikan impian untuk beraksi di pentas AFC menjadi kenyataan!

 

 

Aksi Longlai Harimau Malaya di Laman Sendiri

Previous article

Malaysia vs China, Siapa Juara Kumpulan J?

Next article