Perlawanan Liga Super 2019 bakal diteruskan lagi pada malam esok setelah bercuti pada suatu tempoh yang agak lama. Tumpuan perlawanan ketujuh liga pastinya terarah kepada persaingan antara Kedah yang bakal menerima kunjungan JDT di Stadium Darulaman.

Untuk rekod pertemuan Liga Super, nyata statistik tidak berpihak kepada Kedah apabila dari 6 perlawanan lalu, tiada kemenangan dicatatkan oleh pasukan Kedah keatas JDT selain terikat seri sebanyak 3 kali dan tewas sebanyak 3 kali.

Jika dilihat dari segi statistik, mungkin ianya sukar buat Kedah dalam menangani skuad ini. Namun, dalam sukan bolasepak mencipta suatu keputusan ajaib adalah tidak mustahil. Musim ini merupakan musim terbaharu Kedah dibawah falsafah jurulatih muda, Aidil Sharin yang cuba diterapkan dalam skuad beliau.

Gandingan pemain muda, senior dan import baharu merupakan ramuan beliau untuk memantapkan skuad Kedah pada musim ini. Beberapa muka baharu yang menyertai Kedah turut menambah sengat dalam skuad seperti Syahrul Azwari dan Zaquan Adha yang konsisten bersama pasukan Kedah sejak mula menyertai.

Gandingan import serangan, Bauman dan Fernando juga dilihat semakin menampakkan hasil dan persefahaman kedua pemain ini amat tinggi dalam mencetus gol dan serangan. Agak sayang di barisan pertahanan pada perlawanan ini tiada kelibat Renan Alves yang masih mengalami pergantungan. Pemain ini merupakan pemain paling menyerlah sejak menyertai Kedah dan amat konsisten bersama pasangan import beliau, Shakir Hamzah dalam menjaga kubu pertahanan. Anmar Almubarakki juga semakin menampakkan persefahaman bersama skuad dan sudah berjaya meledak 1 gol.

Untuk JDT, gandingan Leandro dan Diogo merupakan perkara utama yang perlu diawasi. Diogo yang hadir dengan rekod cukup menggagumkan dari liga Thailand selaku penjaring terbanyak Buriram United sewajarnya diberi perhatian. Pemain ini sudah mula mempamerkan persefahaman bersama JDT dan sudah mula menjadi mesin gol skuad ini.

Leandro yang masuk menggantikan Aaron Niguez pula tidak mengambil masa lama untuk cepat memahami corak permainan JDT dan amat licik dalam melakukan serangan pantas. Jika pertahanan Kedah leka, bahaya akan tiba tanpa dijangka.

Jika Kedah menang pada perlawanan ini, ada perlawanan ini, Kedah akan selesa berada di tempat ketiga dan dapat menjarakkan mata dari PKNS FC sambil mengharapkan skuad itu gagal mengutip mata. Jika tewas, Kedah akan menghadapi masalah untuk kekal di tangga ketiga dan jarak mata bersama pendahulu liga akan terus jauh.


Diharap Aidil Sharin dapat merencanakan sesuatu pada perlawanan ini untuk menyekat kemaraan JDT dan membantu skuad Kedah mencatat kemenangan di laman sendiri. Antara pemain tumpuan Kedah pada perlawanan ini pastinya Bauman dan Baddrol Bakhtiar yang dilihat semakin konsisten serta serasi bersama pasukan dalam menjana serangan. Agak sayang, Fadzrul Danel tidak dapat bermain kerana masih menjalani latihan di Cardiff City.Nasihat dari kami krew Arena Hijaukuning berharap supaya para penyokong dapat menunjukkan sisi kematangan kita di hadapan penyokong lawan serta tidak melakukan sebarang provokasi berbahaya yang hanya meninggalkan kesan buruk buat pasukan.Sokonglah sejiwa murni anda. Jalankan tugas anda selaku pemain ke-12 sebaik-baiknya. Penuhi setiap sudut stadium supaya penyokong lawan tenggelam akan sorakkan kita dan menggentarkan pemain lawan akan semangat kita.

Pulun Kedah Pulun!

Malaysia vs China, Siapa Juara Kumpulan J?

Previous article

Kedah Menang Bergaya, PJ City Hampa

Next article