Perlawanan pertama kelayakan play off ACL 2020 telah pun tiba dengan Kedah yang mewakili kelab dari Malaysia menentang kelab Hong Kong, Tai Po FC di Stadium Darul Aman malam esok.

Juara Piala FA 2019, Kedah dilihat hadir bersedia secukupnya untuk perlawanan ini setelah jurulatih, Aidil Sharin berjaya menyusun beberapa perlawanan persahabatan dan berjaya mencari kesefahaman pasukan sepanjang pra-musim.

Jurulatih Aidil Shahrin dalam sesi latihan rasmi malam tadi

Kedah yang mempertaruhkan 3 import baharu pada tahun 2020 ini pastinya menjadi tarikan buat para penyokong untuk melihat aksi import pasukan kesayangan mereka. Gandingan Kipre, Kpah, dan Amin Nazari pastinya bakal menjadi tumpuan malam esok.

Aidil Sharin harus sedia berwaspada dengan pasukan Tai Po FC malam esok kerana juara HK Premier League itu pastinya tidak mahu berputih mata dan pasti mempunyai agenda tersendiri untuk memerangkap skuad Kedah. Walaupun pasukan lawan dilihat bergelut dengan beberapa masalah dalaman, keupayaan Tai Po FC masih lagi tidak boleh dipandang remeh.

Kipre dilihat ceria dalam latihan

Jangkaan kesebelasan utama penulis untuk aksi malam esok ialah Ifwat Akmal mungkin akan diberi peluang sebagai penjaga gol utama malam esok kerana pemain ini dilihat berpengalaman serta refleksi yang sangat bagus ditampilkan sepanjang pra musim ini.

Bagi barisan pertahanan Kedah, penulis dimaklumkan beberapa rombakan akan dibuat Aidil. Jadi pilihan malam esok ialah Alif Yusof beraksi sebagai bek kiri dan Rizal Ghazali di bek kanan. Pasangan pertahanan Kedah pula, penulis memilih Irfan Zakaria dan Renan Alves untuk menyerap asakan lawan.

Untuk posisi tengah, penulis memilih pemain tengah berpengalaman iaitu Baddrol Bakhtiar yang akan bergandingan bersama Amin Nazari untuk mencorak serangan Kedah. Kekuatan dan visi kedua pemain ini sangat ditagih Kedah sebagai enjin utama pasukan.

Debut Amin Nazari yang pertama di Stadium Darulaman esok amat dinanti penyokong Kedah

Bagi posisi sayap, Hadin Azman dilihat sangat menyerlah sepanjang aksi pra musim untuk mengambil posisi sayap kiri. Keupayaan pemain ini dalam menggelecek serta klinikal di hadapan gol pastinya amat ditagih malam esok. Sayap kanan pula penulis memilih Azamuddin Akil sebagai pemain utama memandangkan aksi gelecekan beliau serta keupayaan pemain ini mengelirukan lawan antara kelebihan buat Alex.

Duo serangan yang amat dinanti-nantikan ialah Kipre dan Kpah pastinya ditagih untuk meledak gol dan membantu Kedah mencari kemenangan pertama pada pusingan kelayakan ACL ini.

Jangkaan perlawanan esok pastinya sengit dan kedua pasukan akan hadir memberi saingan antara satu sama lain untuk merebut slot ke pusingan seterusnya. Beraksi di Stadium Darul Aman pastinya menjadi kelebihan buat Kedah yang bakal mendapat sorakan padu daripada para penyokong yang mengharapkan keputusan positif malam esok.

Kem latihan dilihat ceria tanpa tekanan dan bebas dari kecederaan

Semoga Aidil Sharin dan anak buah berjaya memperoleh kemenangan pertama di Stadium Darul Aman dan layak ke pusingan seterusnya. Bermainlah sepenuh hati dan tekadkan diri untuk mencapai kejayaan.

Buat para penyokong, jagalah etika dan nama baik pasukan Kedah agar lawan mengenali pasukan kita perkara yang baik untuk dikenangi. Berilah sorakan padu buat pasukan Kedah kerana suara anda menjadi kekuatan buat pasukan dan getaran buat lawan.

Tampilkan atmosfera bolasepak yang menggila di Stadium Darulaman esok!

-Mohd Afiq Hafizuddin

Kedah Lengkap untuk Hadapi Musim 2020

Previous article

FC Seoul! Kami Mai!

Next article