Chonburi 21 Ogos 2019 – Skuad Bolasepak Wanita Malaysia semalam membuka semula peluang untuk layak ke peringkat separuh akhir apabila membelasah Timor Leste dalam perlawanan ketiga dalam saingan aksi AFF Wanita 2019 yang berlangsung di Stadium IPE Chonburi Semalam.

Sehingga semalam, pasukan Malaysia mencatat 2 kemenangan dan satu kekalahan dimana perlawanan pembukaan Malaysia tewas pada pasukan Filipina 3-0. Di perlawanan kedua, mereka menewaskan pasukan Singapura 4-0.

Menurut kapten pasukan Malini Nordin, pasukan Malaysia akan menentang pasukan Thailand habis habisan dalam aksi terakhir kumpulan A esok. Pasukan tuan rumah Thailand adalah pasukan pilihan dan mereka juga beraksi di Piala Dunia Wanita Perancis 2019 baru baru ini, namun ia tidak mustahil untuk menang dan layak ke peringkat separuh akhir. Pasukan sekarang berada dalam motivasi dan keadaan fizikal terbaik untuk menghadapi pihak lawan.

Menurut Malini yang kini sudah berumur 35 tahun, beliau turut berada dalam pasukan Kebangsaan yang layak ke peringkat separuh akhir AFF 2007 Myanmar dimana dia pertama kali beraksi dan selepas tu pasukan gagal ke peringkat seterusnya dalam kempen AFF sehingga sekarang.

Aksi Kapten Pasukan Malini Nordin semalam

Matlamat beliau sekarang adalah membawa Malaysia melayakkan diri ke peringkat separuh akhir AFF 2019 dan seterusnya membawa pulang sebarang warna pingat atau trofi untuk Malaysia sebelum bersara. Pasukan sekarang berada dalam landasan terbaik namun halangan adalah pasukan tuan rumah Thailand yang turut menewaskan pasukan pilihan Filipina semalam 3-2.

Malaysia akan berhadapan Thailand dalam saingan terakhir kumpulan esok dan Filipina akan berhadapan Singapura untuk melengkapkan perlawanan Kumpulan A. Kumpulan B menyaksikan Myanmar dan Vietnam layak ke kelompok 4 terbaik apabila mudah mengenepikan Indonesia dan Kemboja.

Malaysia juga dalam rangka mempersiapkan pasukan untuk Sukan Sea Manila 2019 hujung tahun ini.

All the best Malaysia… tidak mustahil untuk menang!!!

Salam dari Chonburi Thailand.

Derbi Utara, Perak atau Kedah pilihan anda?

Previous article

Harimau baham Garuda!

Next article