Debaran perlawanan di antara skuad Kedah dan juga Terengganu semakin hangat dirasai kerana kedua-dua pasukan ini masing-masing sedang memburu kemenangan sulung dan juga 3 mata penting untuk memberikan cabaran sengit kepada pasukan bertanding dalam CIMB Liga Super 2020.

Kedah sudah semestinya akan memperagakan persembahan terbaik bagi mendapatkan mata di halaman sendiri di hadapan puluhan ribu penyokong skuad Hijau Kuning yang dijangka turut hadir memberikan sokongan padu buat skuad Lang Merah pada malam esok/ini.

Kesebelasan utama menentang JDT baru baru ini

Rata-rata penyokong Kedah berharap agar corak permainan yang ditampilkan pada aksi Piala Sumbangsih lalu dikekalkan dan diperbaiki lagi untuk mendapatkan kemenangan pada malam esok/ini. Penyokong skuad Lang Merah juga amat berpuas hati terhadap ‘line up’ yang diturunkan tempoh hari ketika berdepan JDT dan berharap ‘line up’ kali ini juga akan menampilkan aksi yang berkualiti seperti perlawanan lalu.

Pada perlawanan tersebut, JDT yang tampil selaku pasukan pilihan terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Kedah 1-0 di stadium baharu mereka, Stadium Sultan Ibrahim. Dalam aksi tersebut, dua jentera tengah muda Kedah, Fadzrul Danel dan juga Amirul Hisham bermain dengan begitu baik sehinggakan bahagian tengah JDT kelihatan agak sukar untuk melakukan gerakan ataupun lorongan daripada tengah. Diharapkan ketenangan pemain muda ini dapat dibawa ke perlawanan menentang Terengganu untuk memberikan kelebihan yang besar buat Kedah di bahagian tengah seterusnya membuka ruang untuk penyerang harapan kita, Kipre dan Kpah untuk menghasilkan sesuatu.

Kpah dijangka akan mengemudi barisan serang bersama Kipre malam ini

Melihat kepada prestasi tersebut, pilihan pemain yang diturunkan Aidil Shahrin Sahak dilihat amat sesuai dan Kedah berjaya mematikan bahagian tengah JDT yang diketuai Harris Harun dalam perlawanan tersebut. Namun, perlu diingatkan bahawa skuad Terengganu kali ini dilihat agak mantap dengan kemasukan semula Faiz Nasir (Messi Ganu), pemain tengah versatil mereka, Lee Tuck dan beberapa tonggak lain yang mampu mengucar kacirkan pertahanan Kedah pada perlawanan tersebut.

Namun begitu, Kedah tidak perlu begitu risau tentang pemain Terengganu kerana mereka juga turut tewas 1-3 kepada pasukan Perak pada perlawanan pertama mereka di halaman sendiri. Kebangkitan yang bakal dijelmakan mereka mungkin akan memberikan tekanan kepada Kedah namun penulis berkeyakinan tinggi untuk mengatakan bahawa skuad Lang Merah juga dahagakan kemenangan terutamanya di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Alor Setar.

Jurulatih Aidil Shahrin dijangka akan mengekalkan 90% barisan yang menentang JDT tempohari

Penulis juga agak yakin untuk meramalkan pertahanan Kedah tidak akan berdepan masalah besar jika kesemua pemain pertahanan mengekalkan disiplin bertahan dan sentiasa bermain sepenuh jiwa seperti apa yang ditonjolkan oleh Azmeer Yusof pada perlawanan lalu yang menyaksikan dimana Safawi Rasid berjaya dikunci rapat olehnya.

Harapan penulis juga begitu besar untuk menyaksikan corak permainan berkualiti kembali ditampilkan dan menjadi gergasi bola sepak yang digeruni lawan seperti dahulu. Penulis juga berharap agar peminat setia Hijau Kuning datang beramai-ramai untuk menyokong pasukan kesayangan kita kerana jika bukan kita yang menyokong, siapa lagi bukan?

“Hijau Kuning tanahku, Darul aman negeriku”

Akhir kata, peluang beraksi di halaman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kedah bagi mendaki kedudukan teratas liga. Perlawanan kedua CIMB Liga Super 2020 di antara Kedah dan Terengganu juga turut disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 8.45 malam.

CIMB Piala Sumbangsih 2020 | Langkah Kanan JDT, Kedah Pamer Aksi Garang!

Previous article

Dilema Scout atau Ujian Pemain? Dari Pandangan Amatur

Next article