SIARAN AKHBAR

ALOR SETAR , 8 FEBRUARI 2020- Lotto Malaysia melancarkan kit jersi Kedah FA musim 2020 baru-baru ini di Football Republic Alor Setar, Kedah. Football Republic merupakan rangkaian gedung gaya hidup bolasepak yang dimiliki Al-Ikhsan Sdn Bhd. Pelancaraan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd – pengedar rasmi jenama Lotto di Malaysia, Norita Md Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sdn Bhd, Vach Pillutla. Turut kelihatan hadir bersama, beberapa pemain skuad pasukan Kedah FA termasuklah David Rowley, Muhammad Fayadh, Daniel, Amin Nazari, Azri Ghani dan Shakir Hamzah

Jersi kit Kedah, Hijau dan Merah diperagakan sebentar tadi

Mengekalkan tema warna hijau dan kuning yang melambangkan jelapang padi dan kedaulatan pada jersi ‘Home Kit’ Kedah FA turut mendapatkan inspirasi dari keunikan gunung-ganang di Kedah. Garisan-garisan menegak yang tertera di jersi melambangkan kesetiaan para penyokong Kedah FA bersama dengan skuad kegemaran mereka manakala corak panah dinamik pula adalah simbol misi pasukan untuk berada di kemuncak Liga Super Malaysia 2020.

Jersi Hijau “Home” Kedah 2020

Untuk jersi ‘Away Kit’ pula rona merah menjadi pilihan Lotto Malaysia kerana ia melambangkan sifat burung helang yang sentiasa memburu. Tambahan lagi, pada jersi kali ini juga Lotto Malaysia mendapat inspirasi dari corak sayap helang.

Jersi Rona Merah yang akan menjadi jersi “Away” 2020

“Satu kejayaan besar buat Persatuan Bolasepak Kedah dan pihak Lotto Malaysia pada musim lepas apabila dinobatkan sebagai juara Piala FA 2019 dan kami berharap tahun ini kita dapat meraih lagi kejayaan seperti musim lalu,” kata Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd,  Norita Md Noor.

Antara aktiviti yang menarik sepanjang majlis pelancaran tersebut ialah perlawanan e-sport  FIFA playstation, permainan Teqball dan Foosball. Bagi menarik minat para penyokong yang hadir ke majlis pelancaran berkenaan, pihak Lotto Malaysia juga menawarkan satu pelekat motor dan kereta bagi setiap pembelian mana-mana jersi Kedah FA musim 2020. Selain daripada itu, Lotto Malaysia juga menghadiahkan baucar tunai kepada 500 pelanggan pertama yang hadir.

Antara peminat Kedah terawal memiliki sepasang Jersi Kedah yang menunggu dari pagi

Pada awal tahun ini, pihak Lotto Malaysia telah mengumumkan jersi ketiga sebagai jersi rasmi pasukan Kedah untuk Liga Juara-Juara Asia 2020 (ACL) dan mendapat sambutan hangat daripada para penyokong Kedah FA sehingga berjaya dijual dalam masa beberapa jam selepas diperkenalkan kepada umum.

“Bolasepak adalah salah satu daripada keutamaan Lotto. Reka bentuk dan keselesaan pada kit pakaian dan kasut bolasepak Lotto yang tiada tandingannya dapat meningkatkan prestasi serta mutu kualiti pada setiap pemainan. Kasut bola Lotto juga mempunyai teknologi Puntoflex yang terkini yang memberikan fleksibiliti dan pulangan elastik yang sangat baik,” kata Norita.

Puan Norita dalam ucapan beliau sebentar tadi

Bermula hari ini, ‘Home Kit’ dan “Away Kit’ Kedah FA boleh didapati di rangkaian Football Republic, Al-Ikhsan dan juga di butik jenama Lotto di Central I-City Shah Alam pada harga RM109 sehelai.

Antara peminat yang membeli di Football Republic tadi.

Press release oleh Prestige Sports (Lotto Malaysia)

Aksi Persahabatan : Kedah tewas di tangan City Boys

Previous article

MISI KEDAH 2020 : Bersediakah Kita

Next article