Ikon berjanggut lebat dengan karakter yang unik dan kerap tagline OTW (dengan kenalan rapat) berserta sikapnya ‘leadership’ yang tinggi ini pastinya amat dikenali oleh para peminat bola sepak Kedah dan Malaysia.

Memulakan karier profesional beliau bersama Kedah sejak 2007, Khairul Helmi atau lebih dikenali dengan panggilan Keon telah mengecapi banyak kejayaan bersama skuad Kedah dan turut mencatat nama sebagai salah seorang pemain yang menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 dahulu

Hadi Hamid, Baddrol Bakhtiar dan Keon antara mereka yg masih aktif dalam kancah bolasepak batch Double Treble 2007/2008

Pemain yang berusia 32 ini juga merupakan pemain senior ketika ini yang sempat merasa era Kedah mengecapi gelaran ‘double treble’ 2007/2008  dan sehingga akhirnya beliau sendiri menjadi salah seorang kapten pasukan Kedah yang berjaya sehingga kini.

12 kejuaraan domestik bersama Kedah, cukup membuktikan kewibawaan pemain yang bergelar legenda Kedah kini untuk memahat nama beliau dalam hati penyokong skuad Hijau Kuning.

Khairul Helmi membantu Kedah menjulang Piala FA 2017 menewaskan Pahang

Untuk musim hadapan, jodoh beliau tidak lagi bersama Kedah dan ini pastinya meninggalkan kesan buat para penyokong Kedah apabila beliau sah menyertai pasukan Melaka United. Walaupun mendapat beberapa tawaran lain sebelum ini, ternyata sukar bagi beliau kerana selama 13 tahun belum pernah berkelana keluar dari Kedah.

Keon bersama Jurulatih Melaka Zainal Abidin Hassan

Moga titik tolak perpindahan ke Negeri Hang Tuah ini dijadikan pemangkin untuk beliau terus berbakti dalam kerjaya bolasepaknya

Kami di Arena HijauKuning mengucapkan Selamat Maju Jaya pada Keon dan semoga beroleh OTW dalam kejayaan kerjayanya.

(Mohd Afiq Hafizuddin @Afiq Rowley / Khairil Ajhar)

Dilema Scout atau Ujian Pemain? Dari Pandangan Amatur

Previous article

Baddrol Bakhtiar kembali!! KDA FC pertahan Darulaman

Next article