Satu nama yang tidak asing lagi untuk seluruh penyokong setia hijau kuning. Antara pemain berpengalaman yang masih setia bersama Kedah disamping Baddrol Bakhtiar & Hadi Hamid. Ketua pasukan ketika memimpin Kedah menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2016 & juga Piala Fa 2017. Jasa dan bakti beliau begitu besar dari era zaman ‘double treble’ hinggalah kini.

Khairul Helmi juga antara watak penting membantu Kedah menjulang Piala FA 2017 menewaskan Pahang

Musim ini, Khairul Helmi yang lebih mesra disapa Keon, biarpun masih belum berpeluang untuk membarisi kesebelasan utama dek kerana keutuhan gandingan Renan Aves & Shakir Hamzah, namun kelibat beliau sentiasa positif, komited & berdedikasi dalam latihan. Biarpun tidak lagi menjadi pilihan utama, beliau sentiasa dalam keadaan bersedia jika diberikan peluang.

Hadi, Baddrol dan Keon antara pemain double treble 2007/08 yang masih menabur bakti bersama Kedah sehingga kini

Kini, dengan Renan Alves yang digantung perlawanan, nama Khairul Helmi kemungkinan besar menjadi pilihan oleh Coach Aidil Sharin Sahak untuk mengisi kekosongan itu. Menentang pula, salah satu pasukan calon untuk menjadi juara liga pada musim ini, satu pasukan yang besar dalam arena bolasepak negara, dipenuhi pula dengan pemain pemain yang penuh berpengalaman & import yg berkualiti, perlawan menentang Pahang nanti pasti menagih aspek ketahanan mental & fizikal yang tinggi.
.
Disini, pengalaman luas Keon mungkin dapat digunakan bagi menyerap tekanan besar itu, dalam usaha pasukan Kedah dapat menghasilkan satu keputusan yang positif biarpun tanpa kelibat Renan Alves nanti.

Aksi Keon dalam perlawanan akhir Piala FA 2017 menentang Pahang

.
Ya mungkin ramai yang meragui kemampuan Keon, diakui, musim lalu prestasi beliau agak menurun, namun bukan hanya beliau, malah sebahagian besar dari pemain Kedah menunjukkan penurunan prestasi yg begitu ketara untuk aksi musim lalu. Namun memasuki musim baru kita dapat saksikan, rata rata pemain Kedah termasuk pemain senior kini lebih segar & bertenaga. Mungkin tiada rezeki Keon utk beraksi sepenuh masa lagi memandangkan gandingan Alves & Shakir begitu utuh setakat 4 perlawanan ini, namun dengan Alves yang digantung perlawanan, mungkin membuka ruang kepada beliau untuk kembali dalam kesebelasan utama.
.
Nama nama seperti Syawal & Loqman juga boleh diberikan perhatian, namun seperti kita katakan tadi, untuk perlawanan besar ini, aspek pengalaman dari kekuatan mental & fizikal perlu ada bagi mengawal keadaan. Disini, Keon mungkin berkelebihan berbanding Syawal & Loqman.
.
Namun, biar siapapun yg menjadi pilihan Coach Aidil, tugas kita sebagai penyokong juga harus padu untuk terus memberikan semangat & sokongan. Positif kita mampu membendung tekanan ini sekaligus mencipta kejutan ke atas pasukan Pahang di stadium keramat mereka.

.Ayuh! Berjuanglah Sejiwa Murni Tekun Berani Sesungguh Hati untuk Khairul Helmi & seluruh pasukan Kedah. Untuk seluruh penyokong setia Kedah, ayuh kita lontarkan sokongan & dorongan kepada pemain-pemain kita. Moga kekuatan semangat diiringi doa oleh kita semua dapat memberikan sinar kejayaan untuk kita.
.
Pulun Kedah Pulun!

Undian Shopee Piala FA 2019 – Laluan Mudah atau Sukar?

Previous article

Aksi Longlai Harimau Malaya di Laman Sendiri

Next article