Artikel

Kedah, PKNS kembali bertarung

Kubu Kedah pada awalnya diasak oleh PKNS namun berjaya dikekang oleh Shakir dan Ifwat (Khairil Ajhar / Arena Hijaukuning)

Perlawanan Liga Super kembali berlangsung pada malam ini, dengan menyaksikan lagi pertembungan Kedah menentang PKNS.

Mengikut rekod, ini merupakan perlawanan keempat untuk kedua-dua pasukan pada musim ini sahaja, di mana pada pertemuan awal Liga Super di Stadium Darul Aman pada Mac yang lalu kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Dua lagi pertemuan menyaksikan kedua-dua pasukan berentap di saingan Suku Akhir Piala FA, Kedah unggul untuk menang pada perlawanan pertama suku akhir di Stadium Shah Alam dengan jaringan 3-1, sebelum terikat 1-1, pada dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Darul Aman.

Malam ini, kedua-dua pasukan akan kembali bertembung dengan PKNS pastinya mempunyai misi tersendiri untuk membalas dendam luka tersingkir dari saingan Piala FA, manakala Kedah dalam misi terus memburu 3 tempat terbaik dalam carta liga.

Menarik juga untuk di saksikan di kem pasukan Kedah, apabila Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Ishak kini mempunyai kesempatan untuk menurunkan kesemua barisan terbaiknya. Kembalinya Jonathan Bauman, Rizal Ghazali & Azmeer Yusof pastinya memberi lebih banyak pilihan buat beliau bagi merencana strategi untuk menundukkan lawan.

Perlawanan malam ini juga menarik untuk kita saksikan, bagaimana Ketua Jurulatih kita untuk menyusun kesebelasan utamanya, dengan kesemua pemain tempatan & import, kecuali Khairul Helmi Johari, kini bebas dari kecederaan & penggantungan, bagaimanakah peranan Jonathan Bauman & pemain import baharu, Edgar Bernhadt akan digunapakai oleh Aidil.

Satu kelebihan untuk pasukan Kedah kini, andai gandingan ini turun beraksi bersama, pasti akan menjadi senjata baharu, kerana inilah pertama kalinya gandingan ini akan bermula dalam satu perlawanan kompetitif bersama Kedah.

Apapun perancangan yang akan di persembahkan, kita harapkan pasukan kesayangan kita, pasukan Kedah mampu kembali untuk merekodkan kemenangan bagi terus mengejar kelompok teratas. Ayuh seluruh penyokong setia hijau kuning sama-sama kita turun ke Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi untuk pasukan kesayangan kita.

Pulun Kedah Pulun!

Muhammad Hazriq Fahimy Abdullah

Kedah Luka di Larkin

Previous article

Kedah buru bekalan selesa

Next article

Comments

Comments are closed.