Skuad Kedah tidak melepaskan peluang dilaman sendiri untuk menundukkan cabaran PJ City FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darulaman semalam.

Barisan pemain Kedah dan PJ City yang beraksi semalam sebelum sepakmula

Skuad yang dibimbing sementara oleh Victor Andrag itu nyata tidak berdepan masalah untuk berdepan skuad PJ City FC apabila menewaskan skuad tersebut dengan jaringan 2 tanpa berbalas.

Kedah yang mengekalkan kesebelasan utama seperti sebelum ini ketika menewaskan Terengganu FC nyata membuka gol seawal minit ke-2 apabila Renan Alves mudah menghulurkan kaki ke bola hasil sepakan Baddrol Bakhtiar sebelum umpanan diberikan kepada beliau dalam petak gol. Aksi beliau yang menggayakan gol sambil membuka baju menyebabkan beliau dikenakan kad kuning pada awal perlawanan.

 

Alves membuka bajunya menunjukkan neneknya yang akan menjalani pembedahan minggu ini
foto : Khairil Ajhar / Arena Hijaukuning

Tersentak dengan jaringan tersebut, PJ City FC turut melancarkan beberapa siri gerakan untuk menyerang balas, namun keampuhan Shakir Hamzah dan Renan Alves begitu sukar buat pasukan pelawat untuk menembusi pertahanan Kedah.

Sehingga tamat separuh masa pertama, nyata Kedah berjaya mempertahankan satu gol mereka selain turut gagal untuk mendapat lebih banyak gol. PJ City FC yang dilihat lebih menguasai ruang tengah juga tidak mampu untuk terus lebih ke hadapan kerana kekentalan barisan pertahanan Kedah amat baik semalam.

Menjelang separuh masa kedua, dilihat Kedah dan PJ City FC saling bertukar serangan dan intensiti permainan lebih ditingkatkan. Sehingga minit ke-54, Zaquan Adha berjaya menggelecek 2 pertahanan lawan sebelum melakukan larian deras dari tepi dan melepaskan rembatan gol kedua Kedah pada sudut yang sukar.

Jaringan kedua Kedah oleh Zaquan, seolah menutup peluang PJ City untuk menyamakan kedudukan

Aksi serangan Kedah tidak sampai disitu sahaja, apabila gerakan Bauman hampir-hampir menambah gol ketiga Kedah sebelum dinafikan oleh palang gol pada minit ke-58.

PJ City FC yang tidak mahu mengalah turut melancarkan beberapa siri serangan yang diketuai oleh Sergio Paulo dan Safee Sali yang dimasukkan selaku pemain gantian. Namun Ifwat Akmal dilihat cemerlang menafikan beberapa cubaan tepat kearah gol selain dibantu barisan pertahanan yang mantap.

Sehingga wisel penamat ditiupkan, keputusan kekal memihak Kedah apabila berjaya menundukkan cabaran PJ City FC di laman sendiri dengan keputusan, Kedah 2-0 PJ City FC.

Bauman dilihat banyak membuat assist kepada rakan rakan lain

Kedah kini telah berjaya melangkah ke suku akhir dan undian akan dilakukan pada hari Khamis ini bagi menentukan siapa lawan Kedah seterusnya. Diharap para penyokong terus memberikan sokongan padu buat pasukan. Jom

Kami warga Arena Hijaukuning sentiasa memberi sokongan padu buat pasukan dan mengharapkan kejayaan bersama Kedah.

Pulun Kedah Pulun!

Preview Perlawanan : Kedah VS Johor Darul Ta’zim

Previous article

Analisa Perlawanan – Kedah 1-1 Selangor

Next article