Pada tanggal 14 Disember 2019, Kedah telah memuktamadkan pemain pilihan mereka untuk musim hadapan. Hampir semua pemain yang menandatangani MOU sebelum ini berjaya diikat terus Kedah kecuali Jaffri Firdaus Chew.

Jika diimbas musim ini, Kedah sebenarnya mendapat skuad yang baik cuma masalah ‘squad depth’ sahaja yang banyak membantutkan pasukan ini. Untuk itu, penambahbaikkan diambil oleh KFA untuk memantapkan skuad dengan menandatangani beberapa bintang tempatan serta import yang lebih berkualiti. Ini penting kerana pada musim hadapan, Kedah akan menghadapi saingan kelayakan ACL.

Irfan Zakaria semasa latihan semalam di Suka Menanti

Persediaan barisan pemain yang mantap serta seiring dengan taktikal jurulatih pastinya akan menjadi nadi utama Kedah untuk kekal menjadi salah satu skuad elit dalam liga domestik serta menunjukkan keupayaan di Asia.

Kedah juga terpaksa menyingkirkan beberapa nama dari pasukan untuk memberi laluan pemain-pemain baharu yang diharapkan mampu menjadi lebih mantap berbanding sebelum itu. Antara yang disingkirkan termasuk 3 pemain import, Edgar Bernhardt, Fernando Rodriguez, dan Jonatan Bauman.

Hanya Renan (tengah) dikekalkan manakala Rodriguez dan Bauman digugurkan untuk 2020.

Untuk barisan pemain tempatan yang tidak ditawarkan kontrak pula ialah, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari, Shahrul Igwan, Syawal Nordin, Asri Marzuki, Ramadhan dan Hadi. Cuma Hadi sahaja ditawarkan kontrak menjadi pembantu jurulatih penjaga gol Kedah untuk musim hadapan.

Hadi sekarang menggalas tanggungjawab sebagai penolong jurulatih Penjaga Gol

Pemain import baharu yang diambil Kedah pula ialah, Kpah Sherman dari Liberia dan Kipre Tchetche dari Cote D’ Ivoire . Kedua pemain ini sudah sebati untuk beberapa tahun dalam Liga Malaysia dan diakui sebagai antara penggempur gol terbaik import. Seorang lagi pemain yang baharu saja diumumkan oleh skuad Kedah ialah, Amin Nazari yang mempunyai kerakyatan Filipina serta berdarah Sweden dan Iran. Pemain ini beraksi di bahagian tengah yang beraksi di Liga Thai.

Aksi Kpah semalam sewaktu latihan

Kipre juga nampak rasi dalam latihan semalam

Pemain tempatan baharu yang diikat Kedah musim ini ialah, Hadin Azman, Irfan Zakaria, Shahril Shaari, Azri Abd Ghani, Tam Sheang Tsung, dan Zulkhairi Zulkeply. 2 pemain Piala Presiden Kedah yang diangkat untuk musim hadapan pula ialah Aiman Afif dan Loqman Hakim.

Untuk posisi penjaga gol musim hadapan, Kedah mempunyai 4 pilihan penjaga gol yang berkaliber. 2 penjaga gol muda dan 2 penjaga gol berpengalaman. Kedah menandatangi Azri Abd Ghani yang beraksi cemerlang dengan skuad Malaysia bawah 19 tahun dan Shahril Shaari penjaga gol berpengalaman liga Malaysia. 2 yang kekal ialah Ifwat Akmal yang kerap membarisi penjaga gol utama Kedah dan Asri penjaga gol muda.

Azri Ghani juga antara muka baharu dalam Kedah 2020

Hadin dilihat ceria juga sewaktu latihan semalam

Bahagian pertahanan pula, Kedah mempunyai rangkaian pemain pilihan berkualiti yang boleh diturunkan. 2 pemain pertahanan baharu diikat iaitu Irfan Zakaria, Zulkhairi Zulkeply. 2 pemain import pertahanan juga dilihat sangat kuat untuk mengukuhkan benteng Kedah musim hadapan iaitu Shakir Hamzah dan Renan Alves.

Barisan pertahanan yang dikekalkan juga tidak kurang mantap iaitu Khairul Helmi Johari, Alif Yusof, Rizal Ghazali, Azmeer Yusof, dan Norfiqrie. Seorang pemain pertahanan muda dari skuad Presiden Kedah turut diserap iaitu Loqman Hakim.

Ini menunjukkan Aidil jelas serius dalam terus memperkasakan bahagian pertahanan untuk mengelakkan diri dari ditembusi.

Aksi Aidil dalam latihan semalam

Bahagian tengah Kedah musim hadapan jelas mempunyai kepelbagaian yang boleh digunakan Aidil dalam mencorak taktikal. 2 pemain kacukan pastinya akan diberi perhatian iaitu David Rowley dan Tam Sheang Tsung. Ini diperkuatkan lagi dengan jeneral perang baharu Kedah selaku import kelima iaitu, Amin Nazari yang beraksi di Liga Thailand. Pemain baharu menyertai Kedah, Hadin Azman pastinya akan meninggalkan impak penting di bahagian tengah Kedah.

Amin dalam latihan pertama beliau semalam

Seorang pemain skuad presiden Kedah yang baru diserap iaitu Aiman Afif juga akan mengisi slot pemain tengah Kedah musim hadapan. Aiman pastinya akan diberi perhatian ramai berikutan aksi cemerlangnya mewakili skuad bawah 19 tahun Malaysia bersama penyerang sensasi muda negara, Lukhman Hakim.

Pemain tengah Kedah yang dikekalkan untuk musim hadapan ialah Amirul Hisyam, Baddrol Bakhtiar, Fadzrul Danel, Azammudin Akil, Hidhir Idris, Mohammad Fayadh, dan Farhan Roslan. Kesemua nama ini merupakan nadi penting Kedah untuk musim 2019 dan dikekalkan untuk musim hadapan.

Bagi barisan serangan, Kedah mempunyai rangkaian pemain yang mampu mencatat gol dan rekod yang bagus. Duo import baharu, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche pastinya yang dinanti-nantikan. Bagaimana gandingan duo penyerang profilik ini akan membantu Kedah di bahagian serangan dan bagaiman impak yang akan ditinggalkan dua import serangan ini.

Nama pemain serangan tempatan untuk musim hadapan ialah Zaquan Adha dan N. Thanabalan. Kedua ini mempunyai rekod kebangsaan yang baik dan dilihat mampu memberi impak buat serangan Kedah musim hadapan.

Pendapat penulis ialah Kedah telah memiliki skuad yang bagus untuk musim hadapan dan seimbang di segenap posisi. Tiada perubahan ketara yang akan dilakukan Aidil dalam perancangan taktikal kerana tipikal pemain baharu yang sertai Kedah mempunyai peranan yang sama sahaja dengan pemain musim ini. Bezanya Aidil dapatkan yang lebih berkualiti kerana hendak bersaing di peringkat Asia.

Shakir juga dilihat cukup fokus dalam latihan semalam

Harapan penulis semoga kejayaan akan menjadi milik Kedah musim hadapan dan para penyokong akan terus memberi sokongan padu buat pasukan. Tanpa penyokong, tiadalah pemain mendapat sentuhan semangat untuk meraih kejuaraan.

Semoga kita bertemu lagi dalam lain artikel musim hadapan. InsyaAllah.

Teks oleh Mohd Afiq

3 kombo F : Final, Fayadh, Fadzrul…

Previous article