Gelagat Fayadh ketika salah satu perlawanan baru baru ni

Kedah pada malam esok akan kembali menerima kunjungan pasukan Felda United ke Stadium Darul Aman, setelah kunjungan awal pasukan lawan pada kempen Liga Super pada 16 Februari yang lalu, menyaksikan kemenangan mudah Kedah menumpaskan lawan 4 – 0, hasil jaringan dari Zaquan Adha, Anmar Almubaraki, Shakir Hamzah & Fadzrul Danel.

Shakir beraksi cemerlang dalam dua perlawan baru baru ini. (foto Khairil Ajhar)

Perlawanan yang akan berlangsung malam esok lebih getir apabila kedua-dua pasukan akan bertembung di peringkat separuh akhir di mana saingan ini akan lebih memberikan tekanan kepada setiap pemain yang akan beraksi.

Kedah kini berkelebihan awal, dengan bermain di tempat sendiri pastinya sorakan penyokong setia Hijau Kuning yang digeruni oleh setiap pasukan lawan menjadi igauan ditambah pula dengan motivasi kemenangan baru -baru ini ke atas PKNS dalam saingan Liga Super pastinya menjadi tonik tambahan.

Pemain-pemain utama Kedah pula bebas dari kecederaan mahupun pengantungan dan kini dalam keadaan bersedia untuk menggempur pasukan Felda United.

Mereka bersedia menerima kehadiran Felda. (Foto : Khairil Ajhar)

Manakala di kem Felda United, mereka kini berada dalam moral yang agak rendah setelah mengalami kekalahan lagi dalam perlawanan terkini Liga Super baru-baru ini. Masalah itu ditambah lagi dengan 3 tonggak import mereka yang tidak dapat turun beraksi akibat dari penggantungan serta kecederaan. Thiago Aquino danĀ  Masuki Watanabe masing-masing digantung satu perlawanan manakala manakala Khairul Amri yang baru pulih dari kecederaan tangan baru-baru ini, mengalami pula masalah ‘hamstring’, menyebabkan beliau terpaksa direhatkan untuk tempoh beberapa minggu ini.

Keadaan ini dilihat mengusarkan pengendali pasukan pelawat, Nidzam Jamil yang pastinya pening untuk mencari ramuan terbaik bagi memberikan cabaran kepada pasukan Kedah malam ini.

Pemain Import terbaharu Kedah, Edgar nampaknya dah makin serasi di bahagian tengah dengan Baddrol Bakhtiar (foto : Khairil Ajhar)

Untuk anak-anak buah Aidil Sharin Ishak, seharusnya tidak berasa selesa dengan keadaan ini, sebaliknya terus berkerja keras mengambil kesempatan keadaan Felda United ketika ini bagi mencari seberapa banyak bekalan gol untuk dibawa ke Jengka nanti.

Harus di ingat dalam perlawanan timbal balik ini, jaringan gol di tempat lawan diambil kira. Ia juga peringatan untuk skuad Hijau Kuning, dalam keadaan menyerang kita juga harus berdisplin dalam bertahan.

Apapun semoga pasukan Kedah terus fokus untuk misi melangkah ke perlawanan akhir menjadi kenyataan. Ayuh semua penyokong setia Hijau Kuning, esok malam kita penuhkan stadium keramat kita.

Berikan sokongan padu kita bagi menaikkan lagi moral para pahlawan Hijau Huning kita di bumi Darul Aman!

Ayuh Kedah, Pulun Kedah Pulun!

– Muhammad Hazriq Fahimy Abdullah –

Kedah, PKNS kembali bertarung

Previous article

Kedah Mahu Tiga Mata

Next article