Pasukan Malaysia terpaksa berdepan laluan yang berliku sebelum mengesahkan kemenangan pertama menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. 3 jaringan Malaysia malam ini cukup untuk mengesahkan Malaysia berada di tangga teratas kumpulan G bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.

Pada separuh masa pertama nyata Harimau Malaya berdepan kesukaran untuk mendapat rentak apabila Indonesia lebih banyak menguasai perlawanan dan mengamalkan sistem permainan pantas. Gol pertama Indonesia diraih pada minit ke-12 melalui Alberto Goncalves.

Aksi Beto Concalves nyata memukau hampir 50ribu penyokong Indonesia

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia mula menyusun atur serangan namun sering dipatahkan lawan dan ruang tengah yang muda dieksploitasi. Hadin Azman, Syafiq Ahmad, dan Brendan Gan nyata tenggelam dengan tekanan-tekanan yang diberikan lawan.

Menyedari Hadin yang kurang membantu serangan, pertukaran pertama dilakukan dengan memasukkan Sumareh untuk mencari gol pertama Malaysia. Hasilnya pada minit ke-36, Malaysia berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui larian pantas yang dilakukan Sumareh untuk melepaskan rembatan gol. Bermula pada ketika itu, Malaysia mula lebih yakin mengawal permainan dan berjaya menyeimbangkan perlawanan.

Aksi Sumareh selepas dimasukkan nyata merubah corak perlawanan Malaysia.

Dalam kerancakan menyerang, Indonesia sekali lagi hadir dengan kejutan apabila berjaya meledak gol kedua mereka juga melalui penyerang Alberto Goncalves pada minit ke-38 untuk terus menghukum kealpaan pertahanan Malaysia yang agak longgar. Keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Menjelang separuh masa kedua, Malaysia tampil dengan lebih yakin dan berjaya menguasai permainan. Walaupun menerima sorakan negatif dari ribuan penyokong lawan, nyata mentaliti skuad kendalian Tan Cheng Hoe amat cekal untuk terus fokus di atas padang dan memburu gol. Hasilnya pada minit ke-67, Malaysia sekali lagi mengikat kedudukan kepada 2-2 apabila Syafiq Ahmad tenang menanduk bola untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Nyata, Indonesia gagal mengekalkan prestasi mereka seperti di separuh masa pertama. Stamina yang menurun serta taktikal yang statik menjadikan Malaysia lebih bersedia menangkis setiap asakan dan mampu mengawal bola dengan baik.

Jurulatih Negara Tan Cheng Hoe tak putus putus berikan semangat pada pemain

Agak sayang beberapa siri cubaan Malaysia masih gagal menembusi lawan serta daya kreativiti di zon 14 yang masih terhad. Akhyar Rashid dan Syamer dimasukkan bagi menstabilkan ruang tengah dan memberi revolusi baharu di serangan.

Kemenangan yang dinantikan akhirnya menjelma apabila Malaysia berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-97 melalui Sumareh untuk terus mendiamkan suara ribuan penyokong Indonesia sekaligus membeei tamparan besar buat negara tersebut. Mereka cuba mencari sekurangnya gol penyamaan, namun tampak lewat apabila masa tambahan selama 8 minit telah berakhir sebaik wisel penamat dibunyikan. Malaysia berjaya memenangi perlawanan yang penuh dengan drama sensasi ini dengan bergaya di halaman lawan.

Brendan Gan antara yg konsisten aksinya di padang semalam menentang Indonesia

Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki skuad Malaysia ialah pertahanan yang perlu lebih cepat membaca serangan lawan dan membentuk kombinasi yang baik dalam menyerap asakan lawan. Kawasan tengah juga perlu lebih kreatif menjana gerakan disamping serangan yang perlu lebih fokus dan cepat mencuri peluang.

Sumareh selepas jaringan gol menutup peluang Indonesia di minit 96/97

Tahniah Malaysia! Moga perlawanan seterusnya juga menjadi milik kita dan menghidupkan semangat ke Piala Dunia 2022.

-Mohd Afiq Hafizuddin-

Malaysia nanti peluang

Previous article

Misi mustahil tapi Harimau Malaya Boleh!!

Next article