Saksikan perlawanan epik antara 2 kuasa besar utara ini samada menjadi milik Kedah atau Perak. Ini merupakan perlawanan kedua Liga Super yang bakal menyaksikan kedua pasukan ini dalam mengejar 3 mata penuh!

Kedah pastinya mahu meneruskan rekod cemerlang mereka setelah menewaskan PKNP pada perlawanan pertama. Kutipan mata penuh mampu menguatkan lagi motivasi skuad kendalian Aidil Shahrin dalam terus memburu kejuaraan Liga Super.

Kedah menjuarai edisi pertama Unity Shield yang lalu menentang Perak.

Pasukan Kedah meraikan gol ke-2 pada perlawanan Unity Shield yang lalu.

Untuk skuad Perak, kebangkitan awal perlu dicipta atau mereka terpaksa sekali lagi menghadapi kekalahan sekaligus melunturkan semangat untuk perjuangan saingan kelayakan ACL mereka musim ini.

Pertarungan kedua pasukan ini pastinya menjadi tumpuan ramai untuk menyaksikan misi tersendiri kedua pasukan!

Kemenangan sulung Hijau Kuning di Manjung

Previous article

Penuh Kontroversi Dan Drama … Kedah dan Perak terikat di Ipoh

Next article