Kedah menjadi tetamu pertama sebagai pasukan Liga Super yang beraksi di rumah baharu skuad Johor Darul Takzim untuk musim baharu ini.

Beraksi di hadapan 34200 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kedua pasukan ini nyata berjaya mempamerkan rentak permainan yang sangat menarik.

Satu jaringan daripada Mauricio Santos pada separuh masa pertama cukup untuk mengesahkan kemenangan pertama JDT di stadium baharu mereka semalam di hadapan ribuan penyokong.

Pada awal perlawanan, Kedah berjaya mempamerkan corak permainan yang sangat baik dan sangat berdisiplin. Menggandingkan Fadzrul Danel dan Amirul Hisyam di bahagian tengah nyata Kedah berjaya merubah kelemahan posisi tengah mereka dengan sangat baik.

JDT pada separuh masa pertama gagal membuli pasukan Kedah dan menguasai kawasan tengah apabila Kedah berdisiplin mematahkan sebarang gerakan dan serangan mereka. Pasukan Harimau Selatan itu dilihat gagal untuk ‘settle down’ dengan cepat dan mobiliti pasukan dilihat agak terganggu.

Kpah Sherman antara pemain Kedah yang berjaya kucar kacirkan barisan pertahanan JDT

Kedah hadir dengan beberapa peluang dan percubaan yang baik untuk mencemaskan penjaga gol, Farizal Marlias namun gagal menyudahkan dalam bentuk gol. Hadin Azman dan Kpah Sherman antara individu yang berjaya memberi cabaran buat pertahanan JDT melalui gerak dan percubaan mereka.

Gandingan Kipre dan Kpah nyata sangat berbahaya dan sering mengucar kacirkan pertahanan JDT yang diketuai Mauricio. Sesekali Hadin dan Baddrol yang bergerak pantas dari bahagian tepi turut memberi tanda positif. Sayangnya tiada penghasilan gol dapat dihasilkan.

Kipre juga antara pemain Kedah yang dikawal rapi oleh pertahanan JDT

Ifwaf Akmal yang bertindak lebih sebagai pemerhati sepanjang separuh masa pertama sesekali turut diuji dengan 1-2 percubaan tepat. Namun ketangkasan beliau berjaya menafikan percubaan tersebut.

Berpunca dari salah faham sesama pemain, akhirnya JDT berjaya mendapat gol mereka hasil tandukan terus Mauricio Dos Santos yang tepat ke dalam gawang menewaskan Ifwat Akmal pada minit ke-44.

Pada separuh masa kedua, Kedah tidak lagi memberi banyak ancaman buat JDT di bahagian serangan dan JDT mula menguasai kawasan tengah. Namun, skuad ini nyata buntu untuk memecahkan pertahanan Kedah apabila disiplin pemain Kedah dalam bertahan sangat baik.

Azmeer antara pertahanan Kedah yang beraksi cemeralng mengekang Safawi Rashid malam itu.

Keputusan kekal tamat dengan JDT mencatat kemenangan 1-0 keatas pasukan Kedah yang hadir selaku pelawat. Walaupun Kedah cuba mencipta kebangkitan pada penghujung masa, tiada jaringan dapat dicatat untuk sekurangnya mengutip satu mata.

Azmeer Yusof antara individu pertahanan yang paling menonjol sekali dalam perlawanan ini. Beliau nyata mengkaji perlawanan ini dengan baik apabila berjaya menyekat Safawi dan Davies dari mencerobohi kawasan Kedah. Beliau juga antara individu yang banyak membantu serangan bergandingan bersama Hadin Azman.

aksi Hadin dengan pemain JDT Matt Davies

Secara peribadi, penulis memilih Azmeer sebagai MOTM pada perlawanan ini kerana aksinya yang sangat tenang dan baik. Fadzrul Danel boleh dianggap sebagai calon kedua MOTM kerana pemain muda ini berjaya mengawal kawasan tengah Kedah dan tenang dalam perlawanan ini.

Tamat sudah perlawanan pertama liga dengan Kedah gagal mengutip sebarang mata. Namun positifnya, impak permainan yang ditinggalkan Kedah sangat positif setelah kita dikecewakan dengan aksi pra musim dan Unity Shield yang hambar.

Berdasarkan permainan semalam dan para pemain yang sedia ada, jelas Kedah berada dalam landasan terbaik untuk mencabar sebarang kejuaraan jika mereka berjaya mengekalkan konsistensi sedia ada.

aksi Daniel juga tidak menghampakan penyokong yang hadir malam itu

Tahniah diucapkan buat pasukan Johor Darul Takzim kerana berjaya menjuarai CIMB Piala Sumbangsih edisi 2020 di rumah baharu mereka.

Buat pasukan Kedah, jadikan kekalahan ini untuk terus bangkit pada perlawanan akan datang. Tampilkan semangat yang tinggi untuk merebut kejuaraan pada musim ini.

Syabas dan terima kasih diucapkan buat 800 penyokong Kedah yang bertandang ke sana dalam memberikan sokongan buat pasukan. Semoga semangat anda tidak luntur dan terus membara dalam memberi sokongan buat pasukan.

Sampai kita jumpa lagi pada artikel akan datang! Sekian terima kasih.

Pulun Kedah Pulun!

-Mohd Afiq Hafizuddin-

CIMB Piala Sumbangsih : JDT atau Kedah?

Previous article

Lang Merah atau Penyu?

Next article