Bintang datang dan pergi…legasi Kedah dalam menghasilkan bintang perlu terus dilakukan. Puluhan lagi bintang muda terus menunggu masa untuk membuka mata pemerhati bolasepak negara.

Kita pernah kehilangan suatu ketika dan kini kita juga bakal kehilangan bintang. Namun, bintang bukanlah hanya satu atau dua. Kita berjaya menghasilkan banyak bintang setiap tahun.

Biarlah apa yang hendak dikata. Ini legasi kita ini warisan kita dan inilah nama yang membawa maruah kebanggaan kita. Jika logo di dada kita dipertikai dan menjadi suatu lelucon bagi sesetengah pihak, tenang…kita membawa legasi kebanggaan ini untuk sekian lama dan konsisten mencipta bintang.

Setia? Sukar amalan setia diamalkan buat masa ini dalam bolasepak moden. Namun cukup sekadar menghormati dan meninggalkan ruang lama dengan cara yang tertib. Biarlah anda meninggalkan pasukan dengan cara dihormati bukannya dikeji.

Suatu masa, anda akan menyedari segalanya sudah terlambat dan hilangnya manis sebagai seorang bekas pemain terhadap pasukan pertama yang membuka lembaran buat anda beraksi.

Yang masih ada? Teruskan gilap bakat anda. Teruskan legasi yang ada ini untuk menaikkan nama pasukan dan diri anda.

Dalam kesibukan anda mencipta diri sebagai bintang, jangan dilupa suatu perkara yang dididik ibubapa kita sejak kecil iaitu ADAB.

Liga-M dan realistik pengurusan kewangan pasukan

Previous article

Revolusi Tan Cheng Hoe

Next article