Football Republic Alor Setar, satu satunya kedai konsep Al Ikhsan di utara tanahair menjadi destinasi terakhir jelajah promosi kit pasukan Liverpool FC 2019/2020. Pelancaran sebentar tadi melengkapkan “roadshow” ke lima negeri seluruh Malaysia. Dimulakan dengan Football Republic di Sunway Pyramid, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu dan diakhiri Alor Setar hari ini.

Antara barangan Liverpool FC yang dijual di premis Football Republic

Dihadiri oleh puluhan peminat pasukan Liverpool FC dari Kedah dan juga Liverbird Kedah Perlis (LKP) sebentar tadi juga teruja dengan barangan Liverpool FC yang dipamerkan dan dijual dan nyata tidak mengecewakan.

Ahli Ahli Liverbird Kedah Perlis (LKP) turut hadir memeriahkan roadtour ini.

Malah pembeli jersi LFC 2019/2020 pertama dari Guar Chempedak, Fadzil Fahimi (41) cukup berpuas hati dan lega kerana mudah mendapatkan barangan cenderamata Liverpool FC dari Football Republic.

Pembeli Jersi Liverpool pertama 2019/2020 abg Fadzil Fahimi (41)

Barangan Liverpool seperti jersi musim 2019/2020, jersi latihan, tshirt, kasut dan barangan lain boleh didapati di premis Football Republic ini dari harga RM19.90 ke RM499.00.

Antara pengunjung dan peminat Liverpool melihat produk produk yang dijual

Bekas pemain Kedah dan peminat setia Liverpool, Amirul Nizam Mahadzhir, juga tidak melepaskan peluang membeli belah kasut edisi khas New Balance NB Liverpool x Liverpool FC LAZR v2 Sneakers terbaharu 2019 . Beliau cukup berterima kasih pada AL Ikhsan dan Football Republic kerana membawa jenama Liverpool FC ke Kedah kerana mudah bagi beliau untuk mencari barangan kelab kesayangannya. Sebentar tadi juga roadshow dimeriahkan dengan kehadiran rajafreestyler dengan aksi aksi memukau pengunjung di premis tersebut.

Peminat Setia Liverpool dan bekas pemain pasukan Kedah, Amirul Nizam bersama barangan Liverpool yang sempat beliau beli belah sebentar tadi.

Roadshow di Kedah ini juga menawarkan beberapa hadiah dan pertandingan menarik yang rasanya wajib bagi peminat setia Liverpool. Baucer belian dan Promosi Mega Raya untuk barangan belian lain juga boleh didapati di Football Republic, Alor Setar.

Rajafreestyler beraksi semasa roadshow tadi

Jom shopping raya di Football Republic dan bagi peminat Liverpool di utara, inilah syurga dunia anda!!

You Never Walk Alone katanya

IFEDAYO PEMUSNAH HARAPAN !

Previous article

Kedah Kekal Kebal di Darulaman!!

Next article