Siapa yang tidak kenal akan beliau? Pemain yang tidak pernah berpindah kemana-mana pasukan serta antara beberapa pemain yang masih senior ini masih utuh menabur bakti bersama pasukan.

Baddrol Bakhtiar memulakan kempen tahun ini di bawah kendalian Aidil Shahrin tampak tidak bermasalah mengekalkan dirinya selaku pilihan utama dalam kesebelasan utama bersama Kedah. Sebagai kapten 2019, 2 perlawanan yang sudah diharungi Kedah tampak begitu baik untuk dirinya selaku pemimpin pasukan.

Jika sebelum ini beliau lebih banyak beraksi di bahagian tepi, maka musim ini beliau kembali kepada posisi dominan beliau iaitu pemain tengah. Beliau setakat ini menjalankan tugas dengan baik disamping pemain muda baharu meningkat naik, Fadzrul Danel.

Adakah musim ini merupakan musim terbaik ‘Captain Marvel’ untuk memburu kejuaraan bersama Kedah? Para peminat Kedah, teruskan sokongan padu anda bersama kami!

(Mohd Afiq Hafizuddin)

Penuh Kontroversi Dan Drama … Kedah dan Perak terikat di Ipoh

Previous article