Formasi

Kedah malam ini turun dengan formasi biasa, iaitu 4-2-3-1 dan melakukan beberapa pertukaran selepas kecederaan Zaquan Adha.

Baddrol bermain di tempat Zaquan, manakala 2 pemain di bahagian tengah adalah Fadzrul Danel dan Amirul Hisyam yang membentuk ‘double pivot’ di bahagian tengah.

Manakala pasukan Selangor, di atas kertas mereka bermain dengan formasi 4-2-3-1 juga. Sean sebagai penyerang dan Sandro di belakangnya.

Tetapi apabila perlawanan berlangsung, Sandro lebih banyak bergerak sebagai penyerang ataupun berperanan sebagai False 9. Tanpa penyerang tulen mereka Rufino, Sandro terpaksa menggalas tugas tersebut.

1. Penguasaan awal pasukan Kedah

Pada 15 minit, pertama Kedah jelas menguasai permainan berbanding Selangor. Pasukan Kedah juga lebih mendominasi di bahagian tengah.

Kedah lebih banyak membawa Rizal Ghazali untuk naik ke atas untuk membantu serangan. Sehinggalah Kedah mencipta dua peluang keemasan yang disia-siakan di awal minit permainan.

Gandingan Amirul – Danel nampak ampuh pada awal permainan. Mereka berjaya menghentikan sumber serangan Selangor dari Halim dan Sandro.

Sehinggalah, Danel ditekan oleh pemain Selangor dan hilang bola, akibatnya Selangor berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-17. Inilah risikonya apabila pasukan Kedah terlalu banyak membuka ruang di zone 14 untuk Sandro.

2. Selangor mula mendapat rentak selepas menjaringkan gol

Selepas Selangor menjaringkan gol, mereka lebih selesa di atas padang. Mereka meningkat intesiti permainan dengan melakukan tekanan tinggi kepada pasukan Kedah.

Selepas 20 minit permainan, pasukan Selangor cuba untuk memenangi bola di kawasan tengah dengan lebih cepat sebelum Kedah dapat memasuki ke kawasan mereka.

Halim dan Sarkunan telah menaikkan intensiti, dengan menekan pasukan Kedah terutamanya, apabila bola berada di kaki Jonathan Bauman dan duo midfielder pasukan Kedah. Mereka juga berjaya mencipta beberapa peluang yang berbahaya tetapi mereka gagal menterjemahkannya dengan jaringan gol.

3. Kedah lebih menguasai bola, tetapi Selangor lebih merbahaya

Kalau diikutkan kepada penguasaan bola, pasukan kedah lebih mendominasi perlawanan berbanding Selangor namun pasukan pelawat lebih merbahaya dalam mencipta peluang. Kalau Selangor lebih tajam malam ini, mungkin 3 atau 4 gol boleh di bawa pulang ke Shah Alam.

Kedah mempunyai beberapa masalah untuk ‘deliver’ bola ke kaki penyerang dengan lebih tepat. Ataupun mempunyai masalah untuk membuat keputusan apabila mereka berada di final third dan juga kerap menghadapi masalah dalam hantaran terakhir.

4. Baddrol lebih baik sebagai pemain tengah sisi ataupun No 6?

Sedar atau tidak gol Baddrol malam ini adalah jaringan pertama beliau di musim 2019.

Ini bukan salah dia atau sesiapa, peranan Baddrol sebelum ini adalah lebih banyak mengerakkan kawasan tengah sebagai ‘deep lying midfielder’.

Oleh kerana peranan tersebut, Baddrol jarang mendapat peluang untuk terlibat dalam kotak atau zone serangan. Hal ini disebabkan Bad akan bertindak lebih kepada penghubung diantara pertahanan dan serangan.

Namun malam ini, Bad lebih banyak terlibat di final third dan menjaringkan gol penting malam ini.

5. Malam terbaik Sandro di Darul Aman sebagai lawan.

Kepada peminat Kedah yang merindui Sandro, mungkin malam ini akan mengubati kerinduan. Tetapi apa yang pedihnya malam ini beliau menjaringkan gol sebagai lawan pasukan Kedah.

Penampilan Sandro malam ini jelas memberi masalah kepada pertahanan pasukan Kedah. Sandro sangat aktif di zon 14 dan di final third.

1 gol dari Sandro membuktikan beliau masih berada dalam kelasnya tersendiri. Malah beliau juga mendapat tepukan dari pasukan Kedah setelah berjaya menjaringkan gol. Jarang terjadi di Darul Aman, apabila pasukan lawan menjaringkan gol dan mendapat tepukan.

6. Kemasukan Hidhir dan Fayadh membaiki aksi lesu Kedah di separuh masa kedua.

Tempo perlawanan pada separuh masa kedua lebih perlahanan jika dibandingkan dengan tempo separuh masa pertama.

Kedah menukarkan Farhan Roslan dan membawa masuk Hadi Fayadh untuk menggunakan ‘fresh leg’ dalam serangan. Dalam masa yang sama membaiki peranan Farhan yang kurang menyumbang sepanjang perlawanan ini.

Kemasukan Hidhir dengan menukarkan Fadzrul Danel adalah disebabkan pertukaran taktikal dari coach Aidil. Coach Aidil cuba mengubah perlawanan dengan membawa masuk seorang pemain ‘tengah menyerang’ untuk membaiki connection di antara tengah ke penyerang.

Hal ini, kerana Kedah gagal untuk memberi bola dengan lebih kerap kepada bahagian serangan. Peranan Hidhir yang lebih menyerang dapat membuka ruang dan peluang yang lebih banyak kepada penyerang mencipta gol.

RUMUSAN

Keputusan seri adalah keputusan yang adil bagi kedua dua pasukan. Kedah ada beberapa peluang yang tidak dapat dimanfaatkan dan begitu juga dengan pasukan Selangor.

Kedah dilihat lebih beruntung apabila cubaan Halim terkena palang. Kalau tidak ia akan menjadi pakej double dua bekas pemain Kedah menjaringkan gol.

Aksi Kedah malam ini lebih baik jika ingin dibandingkan dengan aksi ketika menentang Melaka. Ada beberapa aspek telah ditingkatkan. Namun, masalah hantaran terakhir dan decision making pemain Kedah di kawasan final third harus ditingkatkan.

MOTM Pilihan Arena HijauKuning : Sandro

Kredit : Lazar Fauzanovic

Kedah Menang Bergaya, PJ City Hampa

Previous article

Ke Separuh Akhirkah Kita?

Next article