Alor Setar, 6 February 2020 – Kedah tewas buat kali pertama di Stadium Darulaman dalam perlawanan persahabatan terbaharu semalam selepas kempen Pra- Kelayakan AFC Champions League 2020 berakhir.

Kuala Lumpur yang bermula kempen musim 2020 dengan membariskan beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra, Shukor Adan, Akram Mahinan dan penjaga gol Zamir Selamat.

Aksi Zaquan dalam perlawanan persahabatan semalam. Adik digandingkan dengan Kipre sebagai penyerang.

Tempo perlawanan agak perlahan dan hambar, namun beberapa percubaan dari Kipre nyata mencemaskan namun masih gagal untuk menerjah jaring.Namun di minit ke33, hasil kealpaan pertahanan Kedah, dan hantaran silang oleh Paolo Josue, Kuala Lumpur menjaringkan gol oleh Zhafri Yahya.

Kedah bermula agresif di separuh masa Kedua dengan beberapa aksi serangan yang agresif namun masih gagal untuk menjaringkan gol. Cubaan oleh Zaquan, Sepakan percuma Kipre, Renan masih gagal menembusi benteng Kuala Lumpur, Zamir Selamat.

Beberapa cubaan Kipre cukup merbahaya sepanjang perlawanan semalam

Kuala Lumpur menjaringkan gol kedua oleh Kone Francis, hasil kesilapan pertahanan Kedah pada minit ke62. Kedah menggandakan asakan dengan beberapa pemain baru, Fayyadh, Tam, Azammudin (Alex) namun Berjaya dikekang oleh barisan pertahanan Kuala Lumpur.

Aksi Alex di separuh masa kedua semalam

Kipre akhirnya memecah kebuntuan dengan satu jaringan pada min ke90++ menerusi tandukan, namun ia sudah terlambat untuk Kedah mencari gol penyamaan. Tamat perlawanan Kedah (1) vs Kuala Lumpur (2)

Perlawanan persahabatan seterusnya dijadualkan pada 10 atau 11 haribulan ini sebelum menentang Perak dalam aksi Unity Shield menentang Perak di Ipoh 15hb nanti.

 

FC Seoul! Kami Mai!

Previous article

Kit Kedah FA Musim 2020

Next article