Pasukan Malaysia beraksi longlai semalam di halaman sendiri apabila tewas 0-1 dengan Singapura dalam saingan Airmarine Cup di Stadium Bukit Jalil

Jurulatih Tan Cheng Hoe gagal dalam misi pertama menewaskan Singapura di gelanggang sendiri

Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu memberi tekanan awal pada saingan separuh masa pertama melalui gerakan dari Sumareh, Azam Azih dan Nor Shahrul Idlan Talaha. Namun apabila separuh masa kedua bermula, peluang demi peluangĀ  dicipta gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan hadapan Harimau Malaya terutama Zaquan Adha, Sumareh.

Aksi Sumareh dalam saingan Airmarine Cup 2019 menentang Singapura

Aksi hambar skuad kebangsaan dimanfaatkan sepenuhnya apabila Singapura melakukan gerakan balas serangan dan peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Faris Ramli pada minit ke82. Ini sekaligus mendiamkan hampir 2000 penyokong Malaysia yang hadir menyaksikan aksi sulung skuad senior untuk tahun 2019.

Ketiadaan Ultras Malaya sedikit sebanyak menghambarkan suasana saingan Airmarine Cup

Saingan Airmarine Cup 2019 diteruskan pada hari Sabtu ini dengan Oman akan bertemu Singapura di perlawanan akhir di waktu malam dan Malaysia akan bertemu Afghanistan di siang harinya jam 4.45 petang. Oman menewaskan Afghanistan 5-0 petang semalam.

Kepada Keon Kami Percaya – In Keon we Trust

Previous article

Resipi Formasi OKS berjaya, Filipina ditewaskan

Next article