Kpah dibawa masuk ke pasukan Kedah atas versetaliti dan pemahaman dalam Liga Malaysia bersama Kipre

Pertembungan di antara skuad Lang Merah dan juga Harimau Selatan pada 28 Februari 2020 di Stadium Sultan Ibrahim pastinya ditunggu-tunggu oleh rata-rata peminat bolasepak tanah air khususnya penyokong skuad Kedah dan juga JDT.

Pertembungan ini dijangka akan berlangsung sengit dimana kedua-dua pasukan mempunyai misi tertentu untuk memulakan aksi Liga Malaysia 2020 dengan langkah kanan.

Mana tidaknya, perlawanan ini juga merupakan perlawanan pembukaan CIMB Liga Super Malaysia 2020 bagi kedua-dua pasukan untuk merebut Piala Sumbangsih yang telah dimenangi sebanyak 4 kali oleh skuad Harimau Selatan sejak 2015.

Namun, Kedah berjaya menundukkan JDT pada 2017 menerusi kemenangan penalti 5-4 setelah perlawanan berakhir seri 1-1 di Stadium Larkin dan tahun berikutnya JDT kembali mendapatkan piala itu apabila menewaskan Kedah 2-1 juga di Stadium Larkin.

Hadin Azman antara penjaring Kedah sepanjang pra-musim 2020

Berbekalkan rekod 1 kemenangan dan 1 kekalahan sepanjang pertembungan di Piala Sumbangsih, kedua-dua pasukan terutamanya JDT sudah semestinya ingin mendapatkan sesuatu yang manis untuk dikenang di stadium baharu mereka namun Kedah juga hadir bagi mencipta sejarah baharu disana.

Walaupun aksi Unity Shield menentang Perak pada 15 Februari lalu dilihat agak goyah, namun Aidil Shahrin sudah pasti dapat mengenalpasti apa kelemahan sebenar anak didiknya dan memperbaikinya untuk mencalarkan ego gergasi bolasepak tanah air, JDT pada perlawanan malam esok.

Unity Shield bukanlah pengukur sebenar keupayaan pasukan Kedah esok menentang JDT

Diharapkan skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak kali ini mampu menampilkan corak permainan yang lebih mantap dan konsisten untuk sedaya upaya mendapatkan piala pembukaan untuk skuad Lang Merah pada tahun keduanya menjadi jurulatih utama skuad Kedah.

Para penyokong Hijau Kuning juga diseru untuk memberikan sokongan penuh terhadap pasukan kebanggaan kita pada musim ini walau apa keputusan yang diraih Kedah pada malam tersebut. Penulis juga berpendapat bahawa skuad Kedah pada tahun ini adalah antara skuad  termantap untuk memberikan saingan sengit kepada semua pasukan yang bertanding di Liga Malaysia.

Kipre juga bakal menjadi tumpuan peminat Kedah untuk musim 2020

Berbanggalah kita kerana menjadi sebahagian dalam perjalanan sejarah skuad Kedah Darul Aman. “Pulun Kedah Pulun”.

#ArenaHijauKuning #LottoMY #ViksProperties #CaffeDiem

 

UNITY SHIELD 2020: Perak Gah, Kedah Masih Duk Eksperimen?

Previous article

CIMB Piala Sumbangsih 2020 | Langkah Kanan JDT, Kedah Pamer Aksi Garang!

Next article