Esok malam, mungkin kebanyakan penyokong masih lagi dibuai dengan aksi separuh Akhir Piala FA menentang Felda United, yang baru berakhir pada hari Sabtu lalu & bakal bertemu lagi pada hari Ahad nanti untuk separuh akhir kedua di Jengka.

Debaran 2 perlawanan penting itu, mungkin membuatkan ada yang terlupa bahawa Kedah pada har ini akan terus beraksi dalam saingan Liga Super menentang PJ City di Stadium Darul Aman.

Aksi Fayad akan ditagih sekali lagi oleh Aidil (foto oleh Affendie Shukri)

Aksi perlawanan keempat dalam tempoh  rehat cuma 4 hari, sejak 14 Jun yang lalu akan beterusan esok malam. Faktor kepadatan jadual ini bakal  mempengaruhi persembahan Kedah, namun kita harapkan kebijaksanaan Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak mampu menyerap tekanan ini.

Ujian berat juga untuk Kedah menanti pasukan PJ City esok malam. Menarik untuk diperkatakan, perlawanan terakhir PJ City sebelum ini adalah juga menentang Felda United, juga mencipta kemenangan tipis 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 Jun yang lalu.

Rowley kemungkinan akan bermula dalam kesebelasan utama menentang PJ City (foto Khairil Ajhar)

Kelebihan pada PJ City kini mereka mempunyai ruang rehat yang lebih lama berbanding pasukan Kedah yang pastinya dalam keadaan keletihan mengharungi jadual yang padat sepanjang tempoh ini.

Namun ini bukanlah alasan, yakin dan positif, pasukan Kedah dibawah program kecergasan yang diatur oleh Jurulatih Kecergasan, Azmi Ibrahim pastinya mampu memberikan tonik tambahan kepada setiap pemain Kedah untuk mencipta keputusan yang positif pada malam esok.

Shakir Hamzah terus pamerkan aksi konsisten bersama Renan Alves di benteng terakhir ( foto Affendie Shukrie)

Kedah yang kini ditangga ke3 pastinya ingin mencari mata penuh bagi terus mencabar pasukan Pahang selain melebarkan lagi kedudukan mata dari pasukan Selangor, Perak & Melaka yang kian mengejar dengan pungutan mata yang makin hampir dekat dengan pasukan Kedah.

Manakala PJ City yang kini ditangga ke8 di kelompok pertengahan liga juga mempunyai misi tersendiri bagi terus memperbaiki kedudukan liga, dengan mempunyai peluang untuk memintas pasukan Terengganu, jika berhasil untuk mengalahkan Kedah di Darul Aman.

Bauman dikawal ketat oleh pertahanan Felda dalam perlawanan baru baru ini.

Pertemuan yang menarik esok malam. Jangan lupa seluruh penyokong Kedah. Walaupun kini kita dalam bahang untuk memburu tempat ke Perlawanan Akhir Piala FA 2019, namun saingan Liga Super juga kini penting untuk kita sama-sama semarakkan sokongan kita, apatah lagi bermain di stadium keramat kita sendiri, Stadium Darul Aman.

3 mata penuh menjadi buruan. Pulun Kedah Pulun!

– Muhammad Hazriq Fahimy bin Abdullah –

Kedah buru bekalan selesa

Previous article

Beri Peluang untuk Gemilang

Next article