Musim ini boleh dikatakan sebagai musim terbaik buat dua anak muda ini yang beraksi bersama Kedah.

Hadir sebagai ‘supersub’ setiap perlawanan menjadikan duo ini semakin matang dan bijak mengadaptasi dalam setiap perlawanan.

Fayadh Zulkifli yang kerap masuk menggantikan Farhan Roslan musim ini sebagai sayap kiri jarang menghampakan kerana stamina, kepantasan, dan skil individu yang ada pada pemain ini sering menghadirkan masalah buat lawan mengawal beliau.

Kehadiran Fayad juga memberi impak pada persembahan pasukan Kedah
khairil ajhar/arenahijaukuning

Ancaman beliau kadangkala mampu menghasilkan gol penting buat Kedah melalui bantuan beliau atau Fayadh sendiri meledak gol. Hadir dengan koleksi 3 gol setakat ini bersama Kedah, pastinya anak muda ini akan terus konsisten dan mencapai matlamat selaku salah seorang pemain elit masa depan.

Fadzrul Danel pula lebih matang dan kerap beraksi sebagai pemain utama dan mampu bertindak dengan baik sebagai ‘supersub’.

Beliau akan bertindak sebagai ‘pivot’ dan mampu membantu serangan dengan baik melalui visi yang tinggi ada pada beliau.

Aksi Daniel kerap kali menerima pujian penyokong penyokong Kedah

Semalam, beliau berjaya menghasilkan satu bantuan gol yang baik buat Nando melalui hantaran yang baik untuk mengelirukan pertahanan lawan. Fadzrul setakat ini sudah mengutip 2 gol sebagai koleksinya musim ini bersama Kedah.

Semoga 2 anak muda ini terus matang bersama pasukan dan mampu terus bersaing merebut kesebelasan utama dalam pasukan Kedah.

Dijangka pada musim hadapan akan ada lagi muka baharu pemain muda yang berbakat untuk diketengahkan skuad Kedah. Aidil yang sering memberi kepercayaan pada semua pemain dan sering memberi peluang buat pemain muda Kedah beraksi di pentas tertinggi Liga Super pastinya akan terus memperkenalkan koleksi terbaharu pemain muda.

Kapten Pasukan Piala Presiden Lokman antara pemain yang boleh diketengahkan musim hadapan

Antara nama yang berbakat seperti Lokman, Asnawi, Aminuddin, Akmal Azmi, dan Zhafir yang dilihat semakin matang bersama skuad muda Kedah. Tambahan Lokman sendiri sudah merasai beberapa peluang dalam skuad utama Kedah dan ini seolah bayangan buat beliau untuk beraksi musim hadapan.

Semoga perjalanan skuad utama Kedah musim ini menjadi inspirasi buat pemain-pemain Kedah dalam melipat gandakan usaha untuk beraksi bersaing merebut tempat di skuad elit Kedah. Mereka adalah masa depan negeri dan bakal menjadi pewaris kebanggaan rakyat Kedah dalam bolasepak Malaysia.

Pulun Kedah Pulun!
Mohd Afiq Hafizuddin

Hijau Kuning ke Bukit Jalil lagi

Previous article