Dalam undian pusingan ke2 Piala FA 2019 yang bertempat di DPAC, Empire Damansara, Kedah telah diundi bertemu dengan pasukan Selangor United. Pasukan Selangor United membuat debut kedua dalam saingan Piala FA 2019. Kelab Selangor United menduduki tangga ketiga Liga Premier 2019 (sehingga 4 Mac 2019) dan penjaring terbanyak pasukan ialah Raslam Khan Rashid dengan dua gol.

Naib Johan Liga FAM 2018 itu juga turut dibarisi pemain pemain yang ternama suatu ketika dahulu antaranya Hadi Yahya, Rizal Fahmi Rosid dan juga bekas pemain muda Kedah, Syamim Alif Sobri dan Adam Aidil Iskandar.

Adam yg mewakili skuad Piala Presiden Kedah (2015)
pix kredit FB Piala Presiden Kedah

Perlawanan yang mungkin menjadi tumpuan ialah Kelantan vs Selangor, Perak vs Negeri Sembilan dan PKNS FC vs Melaka di pusingan ke2 ini. Manakala Juara bertahan Piala FA 2018 Pahang dijangka tidak menghadapi masalah berhadapan dengan PIB FC (Selangor).  JDT mendapat bye dalam undian kali ini sebentar tadi.

Perlawanan Selangor United menentang Kedah dijangka akan berlangsung “away” pada 2/3 April 2019 dan berkemungkinan di Stadium Selayang nanti. Untuk rekod, Kedah di saingan musim 2018 terkandas awal di pusingan ketiga selepas bertemu  dengan 2 pasukan negeri iaitu Negeri Sembilan (menang 1-0) di pusingan kedua dan Pahang FA (tewas 0-1) juara Piala FA 2018  di pusingan ketiga.

Jadual Penuh pusingan kedua Piala FA 2019

Jadual Shopee Piala FA*

FA2: 2 – 3 April
FA3: 16 – 17 April
QF1: 30 April – 1 Mei
QF2: 10 – 11 Mei
SF1: 22 – 23 Jun
SF2: 29 – 30 Jun
FINAL: 27 Julai

 

rasa hampa macam mana?

Hijaukuning diikat Semut Merah!

Previous article

Kepada Keon Kami Percaya – In Keon we Trust

Next article