Kedah menjadi tetamu pertama sebagai pasukan Liga Super yang beraksi di rumah baharu skuad Johor Darul Takzim untuk musim baharu ini. Beraksi di hadapan 34200 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kedua pasukan ini nyata berjaya mempamerkan rentak permainan yang sangat menarik. Satu jaringan daripada Mauricio Santos pada separuh masa pertama cukup untuk mengesahkan kemenangan pertama JDT di stadium baharu mereka semalam di hadapan ribuan penyokong. Pada awal perlawanan, Kedah berjaya mempamerkan corak permainan yang sangat baik dan sangat berdisiplin. Menggandingkan Fadzrul Danel dan Amirul Hisyam di bahagian tengah nyata Kedah berjaya merubah kelemahan posisi tengah mereka dengan sangat...