Review: KDA FC meneruskan momentum kemenangan, Sri Pahang terus dirundum kekecewaan !

Kedah Darul Aman FC berjaya melakar kemenangan ke-4 mereka kali ini dalam saingan ke-6 Liga Super Malaysia dengan menewaskan pasukan Sri Pahang FC dengan 3 jaringan berbalas 1.

Aksi Kpah Sherman selepas menjaringkan gol kedua Kedah

Dalam aksi di Stadium Darulaman, nyata KDA FC berjaya mempamerkan corak permainan yang sangat menarik dan berjaya menguasai permainan untuk menekan pasukan lawan yang berada di zon penyingkiran. Pada awal permainan kedua pasukan agak seimbang dan saling berbalas serangan serta corak permainan yang sederhan dipamerkan.

Drama panas bermula apabila layangan kad merah diberikan pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin kepada Herold Goulon apabila pemain tersebut mengasari penyerang Kedah, Kpah Sherman luar kotak penalti. Beraksi dengan 10 orang pemain, nyata Pahang lebih banyak bertahan dan hanya berjaya mencuri ruang untuk melakukan serang balas.

Kesebelasan Utama Kedah yang bermain semalam

Kedah yang mempunyai kelebihan tersebut melancarkan siri serangan bertali arus yang diketuai Rabih Ataya dalam membuka ruang dan melakukan hantaran-hantaran berbahaya. Hasilnya, pada minit ke-37 Baddrol Bakhtiar berjaya membuka jaringan pertama dengan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan.

Tersentak dengan gol pertama perlawanan, Sri Pahang FC cuba mengatur kembali serangan untuk mencari gol penyamaan. Hasilnya Nur Izzat iaitu pemain serangan Sri Pahang FC berjaya meledak gol penyamaan setelah menerima hantaran cantik daripada Azam Azih untuk memperdayakan pertahanan KDA FC yang sedikit terleka. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Aksi Rizal Ghazali semalam

Bersambung separuh masa kedua perlawanan, tuan rumah terus melancarkan serangan ke kubu lawan dari pelbagai arah. Sri Pahang FC yang ditimpa malang ketiadaan seorang pemain terus diberi tekanan apabila pasukan KDA FC dihadiahkan penalti setelah Kpah Sherman dikasari dalam petak penalti.

Hasilnya, Kpah berjaya menyempurnakan penalti tersebut pada minit ke-48 untuk meletakkan Kedah Darul Aman FC sekali lagi di hadapan. Perlawanan dilihat semakin berat sebelah apabila KDA FC begitu tenang menguasai permainan dan sesekali hadir dengan percubaan-percubaan berbahaya untuk menambah koleksi gol.

Ketiga tiga pemain import Kedah dalam aksi perlawanan semalam

Di saat, Sri Pahang FC cuba mencari peluang untuk menyamakan kedudukan, sekali lagi Baddrol Bakhtiar menjadi ‘duri dalam daging’ buat pasukan lawan dengan berjaya meledak gol ketiga perlawanan. Kapten skuad KDA FC ini berjaya menambah koleksi gol peribadinya yang ke-3 musim ini dan sekaligus menjadi antara pemain tempatan yang meledak gol terbanyak sepanjang 6 perlawanan liga super musim ini.

Aksi Shahril dalam mengekang asakan Sri Pahang cukup melegakan Aidil dalam perlawanan semalam

Pada penghujung permainan, Terengganu pula berjaya mendapatkan penalti setelah Lee Tuck dijatuhkan oleh pertahanan, Amirul Hisyam dalam petak penalti. Namun malang berganda buat skuad kendalian Dollah Salleh ini apabila Tuck gagal menjaringkan gol setelah rembatan beliau mudah ditepis penjaga gol KDA FC, Shahril Shaari.

Permainan tamat di Stadium Darul Aman dengan keputusan tuan rumah, KDA FC 3-1 Sri Pahang FC.

Antara perkara menarik pada perlawanan malam ini adalah tertumpu kepada Rabih Ataya. Pemain ini berjaya menjadi maestro terbaik KDA FC apabila mencipta begitu banyak peluang dan mengawal tempo permainan dengan baik. Ditambah dengan skil kawalan individu yang tinggi, pemain ini juga mempunyai visi yang sangat luas ketika melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.

Aksi Rabih Ataya semalam nyata sukar bagi Pahang untuk disekat

Baddrol Bakhtiar sekali lagi berjaya meningkatkan mutu permainan beliau dengan sangat cemerlang. Kapten Kedah ini berjaya beraksi dengan baik bersam Anumathan dalam memadatkan kawasan tengah dan sangat rajin membantu pertahanan dan serangan malam ini. Hantaran-hantaran beliau juga dilihat sangat baik dan mempunyai teknik ‘intercept’ yang lebih kemas.

Pasukan lawan, Sri Pahang FC mempunyai masalah dalam teknik kawalan bola serta pemain yang tiada mobiliti bagus ketika bergerak. Idea menyerang mereka juga sangat ‘predictable’ dan kehilangan Herold Goulon sangat memberi kesan. Pemain import serangan mereka juga tidak banyak terlibat dan Azam Azih terlalu berseorangan selain Lee Tuck yang terus hilang dalam radar permainan.

Lee Tuck, pemain Sri Pahang nyata tenggelam dalam aksi semalam

Pada ketika ini, corak permainan Kedah berjaya diubah menjadi lebih bagus. Pemain semakin yakin mengawal bola, ‘off ball movement’ yang menjadi dan tidak terburu-buru melakukan hantaran yang terlalu ‘direct’. Skuad ini sudah berjaya memperkemaskan teknik ‘build up play’ dan tidak mudah melepaskan bola dengan sengaja. Aspek yang perlu diperbaiki adalah dari segi penyudah. Banyak peluang-peluang terhidang malam ini untuk KDA FC yang dilepaskan begitu sahaja dan menjadi suatu kerugian sebenarnya untuk mereka menambah lebih banyak gol. Diharap Aidil Sharin dapat menajamkan lagi bahagian tersebut.

Aidil Shahrin dalam sidang akhbar semalam

Dengan kemenangan malam ini, skuad kendalian Aidil Sharin Ishak berjaya menghuni tangga ke-2 liga dan dibezakan hanya 1 mata sahaja daripada pendahulu liga, Johor Darul Takzim. Terengganu FC yang sebelum ini berkongsi mata bersama KDA FC terpaksa berputih mata apabila mereka sekadar seri bertemu PJ City.

Apapun tahniah sekali lagi diucapkan buat skuad Kedah Darul Aman FC atas kemenangan ini dan diharap skuad ini terus mempamerkan aksi cemerlang untuk mengharumkan nama negeri. Sokongan anda semua juga sangat ditagih untuk meluapkan terus semangat dan motivasi buat skuad ini.

 

Pilihan pemain terbaik anda? Penulis meletakkan 3 nama dalam senarai peribadi penulis:

-Rizal Ghazali
-Baddrol Bakhtiar
-Rabih Ataya

Siapa pilihan anda?

Pulun Kedah Pulun!

#arenahijaukuning #kdafc #lottomy #kakijersi #viksproperties #cafediem #ezzonecomm #pulunkedahpulun #aorora