Piala FA: Kedah Kecundang Dalam Aksi Kurang Menyakinkan Di Tangan Terengganu

created by InCollage

Seawal perlawanan menyaksikan penyerang tuan rumah, Kpah Sherman hampir mencatat gol pertama permainan setelah mendapat lorongan cantik dari tengah untuk terus memintas pertahanan pelawat.

Namun rembatan penyerang kebangsaan Liberia itu berjaya ditepis dengan baik oleh Ifwat Akmal Chek Kassim untuk menyelamatkan keadaan serta kembali mengimbangi perlawanan.

Terengganu akhirnya berjaya memperoleh gol pertama mereka pada minit ke-6 menerusi pemain lincah mereka, Mohd Faiz Nasir yang terus menanduk bol dari dalam petak penalti setelah menerima umpanan dari bahagian kiri KDA.

Perlawanan di awal separuh masa pertama ini jelas tuan rumah berjaya menunjukkan penguasaan bola dengan baik apabila tidak banyak peluang dapat dicipta KDA selain lebih bertahan di kubu sendiri.

Aidil Sharin dilihat berjaya mengesan faktor kelemahan KDA setakat ini dengan cepat membuat penggantian untuk memasukkan khidmat Fayadh Zulkifli serta Ariff Farhan Md Isa untuk mengukuhkan posisi pertahanan serta serangan kelab.

Dalam aksi separuh masa kedua, KDA dilihat masih lagi bermasalah untuk mengimbangi corak permainan tuan rumah biarpun lawan tampil dengan 10 pemain sahaja setelah Pape Diakite dilayangkan kad merah kerana mengasari Ronald Ngah Wanjah.

Terengganu nyata tidak terkesan dengan ketiadaan seorang pemain apabila terus garang mengasak kubu KDA dengan serangan bertali arus.

keputusan kekal tamat dengan KDA mengalami kekalahan di Gong Badak setelah mereka cemerlang dalam aksi di Piala AFC sebelum itu.