Perlawanan akhir, tetapi segalanya bermula di sini

Oleh: Mohd Afiq Hafizuddin Bin Abd Halim

Malam esok merupakan penentuan akhir bagi saingan Liga Super 2021 biarpun JDT FC terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan liga kali ke-8 musim ini.

Apa yang lebih mengujakan pada perlawanan akhir liga malam esok berkisarkan perebutan tempat ke-2 liga untuk mara ke saingan AFC musim hadapan.

Kedah Darul Aman FC, Penang FC, dan Terengganu FC masing-masing mempunyai laluan yang berliku dalam merebut naib juara liga apabila kutipan mata masing-masing sengit serta perbezaan gol yang tidak terlalu ketara.

Ketiadaan Kpah Sherman amat dirasai Kedah.

 

Untuk malam esok, KDA FC perlu mencatat kemenangan ke atas Melaka United untuk mengesahkan terus kedudukan naib juara Liga Super 2021. Bagi pertembungan Penang FC dan Terengganu FC malam esok juga antara perlawanan yang sangat penting.

Masing-masing perlu mencatat kemenangan besar dan Penang FC perlu mengharapkan KDA FC sekadar seri manakala Terengganu pula mengharapkan kekalahan Penang FC dan KDA FC untuk mendaki tangga ke-2 liga.

Peranan Asnan masih di tahap minimum dalam perlawanan sebelum ini

 

Bagi 2 pasukan terbawah liga, Perak FC dan UiTM FC sudah tiada apa lagi yang perlu mereka kejarkan kerana masing-masing sudah pasti menuju ke saingan Liga Perdana musim depan. Kedua pasukan ini dibezakan mata yang agak jauh berbanding pasukan terdekat, Sri Pahang yang mengutip 18 mata maksimum setakat ini.

Perak FC setakat ini hanya mengutip 13 mata dan UiTM yang berada di tangga ke bawah sekali hanya mengutip 10 mata. Agak menyedihkan bagi kedua skuad ini terutama Perak FC yang mencipta ulang tahun ke 100 penubuhan pasukan ini. Buat UiTM FC pasukan ini sudah pasti tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

 

Untuk pasukan pertengahan liga, kedudukan ke-7 hingga ke-10 liga masih mempunyai peluang terbuka untuk memperbaiki kedudukan liga apabila jarak mata yang hanya sedikit antara satu sama lain. Pasukan yang terlibat ialah, Melaka United FC, Petaling Jaya City FC, Sabah FC, dan Sri Pahang FC.

Manakala tangga ke-5 dan 6 liga iaitu Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC masing-masing dijangka tiada sebarang perubahan kedudukan sehingga habis perlawanan malam esok.

Tumpuan individu pula pasti terarah kepada perebutan kasut emas musim ini yang melibatkan Ifedayo Olusegun dari Selangor FC serta Bergson Da Silva dari JDT.

Ifedayo dalam aksi menentang Kedah di Stadium Darulaman baru baru ni

Masing-masing dilihat masih mampu mencipta kejutan kerana malam esok merupakan penentu samaada Ifedayo layak atau tidak menjadi pemain yang menggenggam kasut emas seperti musim lalu atau Bergson yang buat julung kalinya dalam Liga Super musim ini.

Apapun, ucapan tahniah buat Johor Darul Takzim FC yang berjaya meraih kejuaraan Liga Super ke-8 musim ini dan moga maju jaya buat pasukan yang merebut posisi naib juara Liga Super untuk mengesahkan diri ke saingan AFC musim hadapan.

 

Renan perlu tebus “mistake” beliau dalam perlawanan perlawanan lalu

#arenahijaukuning #kdafc #lottomy #kakijersi #viksproperties #cafediem #ezzonecomm #aorora #kicka #pulunkedahpulun