Peluang Bersiar Bersama Yamaha YZF-R25 Buat Pelanggan Sports Pack Astro!

Di mana lagi anda hendak mendapat liputan sukan yang meluas baik dari segi domestik dan antarabangsa jika bukan bersama Astro?

Bagi peminat sukan, pastinya liputan menyeluruh menjadi keutamaan mereka untuk mengetahui info semasa selain rangkuman-rangkuman eksklusif terkini yang sukar diperolehi mana-mana cabang siaran media yang lain.

Lebih mengujakan, bersama Astro anda boleh menjadi antara yang bertuah kerana akan sentiasa ada siaran langsung bagi mana-mana sukan seluruh dunia yang menarik.

Tahun 2022 ada Piala Dunia!
Pada tahun ini kita bakal menyaksikan pelbagai kejohanan sukan bakal berlangsung terutama sekali ialah bola sepak.

Umum diketahui bola sepak merupakan sukan nombor satu yang sentiasa diminati oleh segala lapisan umur dan selain tayangan siaran langsung, Astro juga sering menawarkan rancangan pra perlawanan yang lengkap untuk dinikmati para penyokong.

Impak paling jelas mengapa anda tidak boleh terlepas bersama Astro selaku peminat bola sepak adalah Kejuaraan Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar pada hujung tahun ini.

Siapa sahaja mahu terlepas daripada menyaksikan bintang-bintang dunia berpengaruh yang bakal beraksi buat kali terakhir dalam saingan tersebut tahun ini seperti Lionel Messi, Luka Modric dan Cristiano Ronaldo secara siaran langsung dan dalam resolusi yang tinggi?

Momen ini tidak perlu dilepaskan kerana Piala Dunia Tahun ini bakal menjadi bualan hangat bertahun lamanya mengenai kelibat terakhir pemain berpengaruh dunia itu.

Adakah negara Asia seperti Korea Selatan dan Jepun mampu mencipta kejutan bagi melepasi peringkat kumpulan musim ini?

Paling mencuri tumpuan pastinya Brazil apabila negara tersebut tidak pernah terlepas dalam mana-mana edisi Piala Dunia sejak dipertandingkan dahulu.

Persaingan sengit ini bakal menjadi debaran buat seluruh peminat bola sepak dunia dan bakal diperkatakan untuk bertahun lamanya.

Adakah anda mahu terlepas daripada keseronokan itu?

Peluang Menangi Motorsikal Yamaha YZF-R25 bersama Sports Pack Astro!

Bayangkan, dah boleh melihat rancangan sukan kegemaran dengan tawaran harga bulanan yang berbaloi, selepas itu tiba-tiba menang pula motorsikal berprestasi tinggi.

Tuah apakah ini?

Ya, bagi mereka yang bakal menjadi pelanggan untuk Sports Pack Astro ini kali pertama, anda berpeluang untuk memiliki sebuah motorsikal model Yamaha YZF-R25 sekiranya melanggan pakej tersebut dalam masa yang terhad!

Selain itu, Astro juga turut menawarkan hadiah-hadiah lain yang sangat berharga seiring dengan penghargaan para pelanggan yang tidak putus memberi sokongan buat syarikat tersebut selama ini.

Anda juga berpeluang untuk memenangi tiket percutian berharga serta mendapat jersi eksklusif yang ditandatangani oleh pemain kesukaan anda menerusi ‘meet and greet’.

Berapakah harga bulanan? Pastinya menjadi kejutan buat anda apabila Astro hanya meletak tanda harga sebanyak RM89.99 sahaja sebulan untuk pelbagai ciri-ciri menarik bakal dinikmati pelanggan.

Pastinya segala kejohanan sukan berprestij tinggi bersama kualiti yang menggagumkan menjadi milik anda dengan harga yang boleh dianggap tidak masuk akal murahnya!

Buat peminat bola sepak, siaran langsung UEFA Champions League bakal menjadi sesuatu yang sangat berharga buat anda untuk menonton dengan tenang dan selesa selain Sukan Asia, Piala Dunia 2022, dan sudah tentu, Premier League yang kini semakin mendebarkan.

Jika anda merasakan hanya bola sepak sahaja mendapat tayangan di Sport Pack Astro, anda silap. Perlumbaan MotoGP, Formula 1, serta Grand Slam juga antara yang mendapat liputan secara meluas oleh siaran tersebut dengan rangkuman-rangkuman yang amat teliti buat penonton.

Tiada lagi siaran kabur atau resolusi setakat 1080p apabila Sports Pack Astro menawarkan anda dengan resolusi tayangan dalam definisi 4K UHD yang tersangat cantik.

Mata anda pastinya tidak akan berkelip dengan kualiti yang diberikan oleh siaran ini dengan paparan yang sangat jelas dan memberi anda pengalaman seolah turut berada di stadium atau arena kejohanan yang berlangsung.

Lebih menarik, Astro kini turut memberi anda bersama pakej Ultra Box untuk setiap pelanggan yang memilih Sports Pack Astro.

Kewangan anda secara tak langsung menjadi lebih jimat dan tidak perlu runsing untuk membuat perkiraan memilih Astro atau melanggan internet. Mudah bukan?

Untuk mereka yang tidak berkesempatan pulang ke rumah atau tersangkut di kesesakan lalu lintas, anda boleh akses dimana-mana sahaja dengan aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun secara percuma.

Anda merasakan setakat itu sahaja kelebihan yang diberikan Astro buat pelanggan mereka?

Tidak, akses percuma turut bakal diberikan buat para pelanggan selama 60 hari dalam masa yang terhad sebaik sahaja bayaran telah disahkan bagi melanggan Sports Pack Astro.

Untuk bulan Mei ini, Astro turut memberi lebih banyak faedah buat para pelanggan dengan tawaran lebih berbaloi!

Anda boleh mendapat akses percuma Netflix Premium selama 24 bulan atau saluran Sports Extra sekiranya anda mendaftar pek Platinum!

Pelbagai tawaran yang hebat turut menanti anda sekiranya anda memilih setiap pek berbeza dan semua ini Astro sediakan khas buat pelanggan tercinta!

Bak kata orang utara, “Hang Cangak apa lagi?”

Segera kita bersama-sama melanggan Sport Pack Astro dan menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang berpengetahuan luas mengenai sukan domestik serta antarabangsa dengan liputan hebat yang diberi oleh Astro!

Untuk sebarang langganan atau sebarang soalan, terus sahaja hubungi Astro dengan menekan https://wa.link/fua87y  atau anda boleh terus layari laman sesawang Astro untuk sebarang khidmat langganan yang ingin diketahui.